Tuesday, September 29, 2009

Resepi Ketam bercili - credit to My Resepi

Ketam bercili dah byk kali gaks try n makan dalam bulan puasa aritu ader dkt 4 @ 5 kali gaks aku makan...Mr. Hubby sangat suka mkn ketam bercili...tapi dia lagi suka yg creamy & saucy hihi..

Ketam Bercili

Bahan2 :

Ketam ikut suka ( potong dan cuci bersih)
Cili kering yg diblend ( anggaran 3 @ 4 sudu ikut brp byk ketam)
Bawang besar – 1 bji @ 2 biji (dihiris nipis) / blend
Bawang putih – 3 ulas (dihiris nipis) / blend
Halia – 1 cm (dihiris nipis) / blend
Serai – 1 tangkai ( diketuk)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng
Telur 2 biji

Bahan Sos :
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili

Cara membuatnya :

1) Goreng ketam yg telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam, goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2) Panaskan minyak, masukkan bawang besar,bawang putih, halia dan serai.Goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan 1 senduk cili giling(cili sebenarnya ikut byk mana ketam), masak sehingga garing dan pecah minyak
4) Masukkan campuran sos tiram dan sos cili, masak hingga garing, jika kering sangat masukkan sedikit air.
5) Masukkan ketam yg digoreng tadi, kacau rata.
6) Pecahkan telur dan kacau rata, sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment