Friday, February 8, 2013

Ibadah Umrah (Missed my parent)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi..mama dan abah kami yg tercinta diberikan rezeki untuk melaksanakan ibadah umrah.Moga2 nanti ader rezeki pulak buat kami anak dan menantu untuk pergi berkunjung dan beribadah di rumah Allah.Amin.

Cantik sungguh perancangan Allah,yg sudah tersurat rezeki parentku dapat diserapkan untuk kuota first flight ke Mekah.Alhamdulillah.Kalau tidak mmg tak dpt,mungkin hanya berpeluang sekitar bln june/july.

Aku dapat melihat keterujaan ibu dan bapa,membuat persiapan untuk menjadi tetamu Allah.Dalam hati selalu berdoa agar mama diberikan kesihatan yg baik masa nak melakukan ibadah umrah nanti especially "tawaf"and "Saie" almaklum a few weeks before dia mengadu sakit lutut dan memintaku mencari ubat yg dipercayai berkesan "FLEXISEQ" ntah kata mamaku org tv kata mujarab.Buat yg masih mencari ubat ni silalah pergi ke CARING PHARMACY yer dengan harga RM85 (rasernyalah tak ingat sgt).

Akhirnya setelah segala persiapan dilakukan, semalam bertarikh 7 Feb 2013 bersamaan hari Khamis mama dan abah kami hantar ke airport, diiringi ahli keluarga yg lain yg mana telah sedia menunggu di KLIA.Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kerana menghantar di KLIA.Mama ku nampak sgt terharu bila nampak ramai ahli keluarga yg bersusah payah menghantarnya ke airport.Abah yg terkenal dengan sifat coolnya,ku kira dia menyimpan raser terharunya,w'pon ku tahu dia rase bersyukur dan rase disayangi oleh ahli keluarga.Ini baru Umrah..In Shaa Allah jika mama dan abah diberikan rezeki melakukan ibadah haji..I think the crowd is merrier.Alhamdulillah.

Secara ringkas, mama dan abah akan tiba di Jeddah,seterusnya di bawa masuk menaiki bas ke Mekah.Yg uniknya disini, abah dah siap berihram di balai berlepas,sbb nak bermiqat di Qarnul Manazil nanti.Mengikut jadual mama dan abah akan berada di Mekah selama 9 hari (satu plus point sbb abah dpt 2 kali Jumaat di Mekah..syukur).yg selebihnya barulah berangkat ke Madinah..In Shaa Allah.

Untuk rekod aku :

CS Holidays - Pakej Umrah Ziarah (13H)
MAS Airline
Departure : 1130am (kena ada 3 hrs before) / 7 Feb 2013 / Thursday
Package : 2 person in 1 room (RM6100 per person)
Hotel : Mekah - Hotel Shohada / Madinah - Hotel Fayroz
Arrival : 0645am (estimation) / 19 Feb 2013 / Tuesday

Aku doakan mama dan abah tersayang, selamat dan sihat sejahtera dan dapat melakukan segala ibadah umrah dengan istiqamah.Amin

Update : Masih belom dpt panggilan dari mama dan abah since semalam.Sabarlah hati.Abg Sufie In Shaa Allah,1 week plus lagi nenek dan atok akan balik..sabar yer sayang.

Note: Ini sekadar catitan peribadi untuk kenangan di kemudian hari.