Kajian Mendapati Wanita Menghabiskan Purata 2 Tahun Dari Usianya Memikirkan Makanan...
Tidak mustahil sebenarnya jika kita memikirkan secara lojik kenapa mereka begitu sukar untuk mematuhi diet yang seimbang. Ini kerana, kajian yang dilakukan oleh Appesat mendapati mereka sentiasa memikirkan makanan sama ada makanan yang berat, snek mahupun makanan yang tidak berkhasiat.
Seramai 4000 warga British yang terdiri lelaki dan wanita terlibat di dalam kajian tersebut. Hasilnya mereka mendapati kaum wanita mengambil masa secara purata 44 minit sehari untuk memikirkan apa yang perlu dimakan pada waktu makan akan datang. Jika tempoh masa ini diambil kira, wanita mengambil masa 1 hari bagi setiap bulan dan secara keseluruhan 1 tahun 11 bulan dari tempoh hayat purata hanya memikirkan makanan.
Berbeza dengan kaum lelaki pula, mereka mengambil masa hanya 4 bulan kurang dari wanita dari tempoh hayat purata.
Kajian yang turut diterbitkan di Akhbar British, DailyMail turut mendapati 1 dari 10 penduduk British bangun di tengah malam untuk mencari makanan di dalam peti sejuk di rumah mereka dan lebih menarik lagi, 15% daripada keseluruhan peserta yang dikaji mengakui mereka ada bermimpikan makanan di dalam tidur mereka.
Selain itu, 4 dari 5 orang mengakui mereka terlebih makan manakala 20% daripada keseluruhan peserta mengakui ketagih pada makanan dan sudah berputus asa mengenainya.
Secara purata, mereka yang terlibat di dalam kajian ini mengatakan mereka mula memikirkan makanan tengah hari seawal 11.00 pagi dan mula memikirkan makan malam seawal 2.45 petang. Apa yang memeranjatkan ialah, 2/3 daripada mereka mengakui waktu makan mereka amat penting jika mahu berkerja dengan penuh tumpuan.
Kesimpulannya, saintis melihat fenomena ini sebagai tanda-tanda ketagihan pada makanan yang semakin membimbangkan dari tahun ke tahun. Mereka turut mengakui wanita lebih mudah terjejas pada ketagihan makanan berbanding kaum lelaki.
Makanan segera antara faktor ketagihan makanan.
No comments:
Post a Comment