Thursday, May 31, 2012

Sup meletup @ sungai besi

Arini lunch dengan kengkawan opis...zass ker sungai besi kiter..

Port terbaik untuk makan2 macam2 ader..tak rugi sbb byk sgt food selection kat area sg besi ni..

ader yg makan meehoon sup,keuh tiaw sup,nasi ayam..

Kalau dah nama SUP MELETUP mestilah main menu dier SUP kan..hihi

Filling dier tu kita leh mintak perut ker,ayam ker,daging ker campur2 pon boleh takder hal nya.

Kat area kitaorg mkn tu dahlah tak berbumbung, tapi best jer raser sbb mendung jer, makan sup pon feeling jer kah kah.layan boraks..dah topik tah aper2 pasal travelling/outstation jauh2 tah aper2..layan jer.Cer kalau panas terik pehhh peluh sakan aku raser ketiak tu kot hihi.

Eh lupa laks, aku amik meehoon sup ayam + daging + air limau ais so total (RM7)
Oklah kot kan sbb mangkuk dier besar..aku mkn pon tak abis..sbb raser cam byk sgt.

Note : Personally bagi aku takderlah raser dier kebabom sgt...tapi oklah,sup dia sedap,pedas & panas.

Wednesday, May 30, 2012

Gen Y kesayanganku

The mischief and explorer abang Sufi with his handmade door hanger from Astro collaborate with Da Vincci (art & craft session).

Little dobbot yg sangat bijak n observer cilik


Note : Ummi sayang abang & adik sehingga ke hujung nyawa...love you both..

Tuesday, May 29, 2012

Kebolehan dan Rezeki


Setiap orang Tuhan dah tetapkan KEBOLEHAN dan REZEKI masing2kan tapi kadang2 kat luar sana termasuklah aku sendiri yang kurang perasan kepada kebolehan diri sendiri kan kan.Sebab apa aku cakap begitu, sbb orang melayu ni especially mudah sangat raser rendah diri dan ketidak-percayaan kepada kebolehan memanupulasikan kemahiran diri sangatlah tinggi.

Walaupon kita boleh menjadi seorang leader tapi ramai yang memilih untuk menjadi follower sbb apa? Sbb tak yakin boleh jadi hebat dan berjaya.Ader orang yg memang dilahirkan berjaya.Tapi ramai jugak yang lupa kejayaan juga bermula dengan titik kegagalan.

Aku sendiri aderlah orang yang Tuhan selalu beri peluang kedua Alhamdullilah.Macam orang kata pahat dengan pakulah,dah kena ketuk baru nak bergerak, baru nak tersedar bila titik kegagalan tu muncul memberi inspirasi untuk aku bangun memilih untuk merubah hidup.Kalau aku tak tolong diri aku siapa yg nak tolong kan hihi.

Aku sangat percaya setiap dari kita ader kebolehan cuma kita jarang menyingkap kebolehan diri itu.Kan aku ader cakap tadi kita selalu rasa low self-esteem,selalu raser tak bagus seperti orang lain,selalu raser yang orang lain lebih baik dan lebih beruntungkan.Kita banyak silap sebenarnya sbb selalu meletakkan batu penghadang besar yang menghalang kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.

Jangan kita mengambil contoh orang yang tidak berjaya, tapi kita mendorong diri kita untuk melihat kejayaan orang lain.Belajarlah sematkan dalam diri kalau orang lain boleh berjaya mengapa tidak aku.Selalulah melihat sesuatu kejayaan pihak lain sebagai positive attitude bukan melihat dengan pessimist thinking.

Aku juga belajar untuk memperbaiki diri sendiri,sebagai contoh aku tak berapa pandai masak tapi disebabkan aku suka makan so terpaksalah belajar masakkan.Sedap tak sedap tu belakang citer, kalau dah selalu kita buat alah bisa tegal biasa kan.Lama2 pandailah nanti walau pon tak perfect.Sbb kita selalu berada dalam learning processkan.

Cycle hidup ni begitu cepat sekali berputar,siang malam silih berganti,dari bayi,remaja dan sekarang sudah meniti alam dewasa.Takkan nak biarkan sahaja kehidupan yang berlalu tanpa apa2 pencapaian yang boleh kita lakukan.Takkan nak biarkan opportunity berlalu begitu sahajakan.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang taukan.Belum cuba belum tau.
Terokalah kebolehan diri kita yang mungkin kita belum tau, kerana rezeki tuhan ader di mana2kan.Cuma kita perlu kuat berusaha,berdoa dan bertawakal jgn mudah berputus asa.Insya Allah ader rezeki yang tuhan bagi kita tidak akan terjangka.Aminnnn

"Kejayaan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada kejayaan yang lebih besar."

Note : Ini aderlah coretan dan pandangan peribadi aku, tiada kaitan langsung dengan sesiapa. Harap maklum.

Monday, May 28, 2012

Marie Claire Web Winners April

*Updated RM160 sorry yer silap plak harga sebelum nih..hihi

Alhamdullilah akhirnya ader gak rezeki daripada Marie Claire,besh mmg aku sgt perlukan serum hihi..

kegunaan serum ni aderlah : Dr Sebagh Serum Repair has a powerful award winning formulation that contains 50% hyaluronic acid to plump & hydrate the skin and rapidly reduces wrinkles.

Sebelum ni dah pernah menang hadiah Dr. Sebagh Luminous Glow from Cosmopolitan yg berharga RM490 (kalau tak dpt free mmg takkan belilah sng citer hihi).

Senarai nama pemenang :

DR SEBAGH

RINA KAUR RANDHAWA A/P HARJIT SINGH
TAN SIEW HENG
NOOR FARAH AKMA BINTI ZAMRI
jyessie ong
Ong Yeen Nee
ZARINA HAMID
KHATIJAH KADIR
SURIYAWATI MD SERAN
Ng Koon Ming
Norita Aziz

Note : Happy mode wink!wink!

TQVM BLU INC TEAM

Oreo Contest ....Good Luck !!!



I nak aim consolation prize jer...kidzania pass...mudah-mudahan ader rezeki Amin..

Click here to join : OREO

Waikiki pizza & BBQ wings for lunch

Smlm Mr. Hubby takder ker Seremban menziarah saudara yg meninggal, tinggallah aku ngan anak2 seharian..Pagi semlm breakfast gigih aku masak cekodok bercicahkan sambal sardin (fav Mr. Hubby)..aku mkn sambal dia jer sbb krg suka mkn ikan sardin..

Pehtu tengah nak masak nasik utk mkn tgh hari, alamak beras tinggal seciput..mtk tlg Mr.Hubby oderkan Pizza (ader ke patut)ala sekali-sekala melayan tekak isterinya ni takper kot...

aku oder hawaiian chicken tapi dpt waikiki plak (RM22.50)

Ni mmg sedap okey, BBQ street wings (4pcs) (RM6.50)

So total RM28.50 (sekali-sekala oklah kan kalau selalu alamat poket bocorlah hihi)

Pastu mlm mkn nasik goreng ngan anak2 pulak..ni mkn ker menketadarahkan keke..


Note : walaupon siangnya dah mkn pizza, mlm mesti nak pekena nasik gak (at least once a day)..kalau tidak mengigil jer raser..boleh diterima pakai ke alasan cenggitu..tah apa2 aku ni..

Friday, May 25, 2012

Winning entry - Astro Customer Rewards


Alhamdullilah abg Sufi Rayyan terpilih as one of the winner utk this art & craft session.Insya Allah jika tidak ader aral melintang sampailah kami kat sana...(hopefully can make it..pack btullah this Saturday..goshh)

here's the detail :

KIDS FUN TIME WORKSHOP : ARTS & CRAFTS
DATE :26 MAY 2012
DAY : SATURDAY
TIME : 3:30PM - 5:00PM [SESSION 1]

REDEMPTION VENUE: ASTRO CUSTOMER SERVICE CENTER @ CHERAS
DATE : 26 MAY2012
DAY : SATURDAY
REGISTRATION : 3:00PM
DOCUMENTS : ASTRO MARCH / APRIL 2012 STATEMENT ONLY


copy from astro site ;
SUFI RAYYAN BIN SHAHRUL NIZAM 081126-14-XXXX
Session 1: 3:30PM - 5:00PM

TQVM ASTRO

Thursday, May 24, 2012

Craft with ParenThots event on Saturday

Tadi receive reminder notification regarding this..

copy from email :

Hi everyone,


Thanks for registering for our event. Don't forget it is this Saturday at Tropicana City Mall.

Do read our FAQs (http://parenthots.com/crafts2012.aspx) before Saturday so that you know what to expect.

Please note that even though you have registered we cannot keep space for you. The email registration just makes it faster for you when you come on Saturday so that you don't have to waste time filling up the form.

In addition, the first 33 (for paper quilling) to arrive get a goodie bag. This is only for those who have already registered and are there early.

For the decoupage, it is the first 33. And, for the felt crafts, it is the first 34.

Those who already have a goodie bag, are not entitled to get another goodie bag. This gives everyone a chance to get a bag.

Thanks and see you there on Saturday. If you cannot make it, please inform me as soon as possible. Tks.

Note : Insya Allah me n my family will try to be there as scheduled hihi walaupon..tak tau kat mana la hai letaknya Tropicana City Mall tu (takper kita redah jerlah nnt ok)

Khamis tanpa kata-kata (Bukti Derma Darah)

Tangan tombam tuan tanah kedaung wakaka..


Nak pengsan plak aku bila tgk beg darah ni..huhu darah aku ker ni..

Wednesday, May 23, 2012

Bukak Acct Tabung Haji plak !!!

Eh bukan ana yg punyer, tapi Mr. Hubby yg punyer.Nasib baik kat opis aku ader bukak kaunter tabung haji arini..eh memacam boleh buat tadi..

1) Bukak acct tabung haji hanya dgn bayaran minimum RM2 (best tul)
2) Update buku acct tabung haji (akuler tu..tersenyum lebor aku..eh eh dah beranak2 syiok weh)
3) Tukar address (aku juger)
4) Dengan berbekalkan no EPF sudah boleh buat pendaftaran haji ok.
(Dengan hanya RM1300 drpd acct 1 from EPF sudah boleh buat pendaftaran haji..mudah bukan)

Byklah penerangan ngan brosur yg diberi tadi.Aku tak g dgr talk dier pon juz nak wat urusan yg kat atas ni jer..sgt2 memudahkan..

Bagus betul opis aku ni, byk inisiatif yg dilaksanakan utk kemudahan pekerja.

Yang lain2 TST jerlah yer..hihi

Tuesday, May 22, 2012

Mari menunaikan tanggungjawab sosial - MENDERMA DARAH

sumber gambar : google


Alhamdullilah, dah selamat aku menderma darah arini bcoz kat opis ader buat kempen derma darah dgn kerjasama dari PUSAT DARAH NEGARA..(for my own record this is second time menderma darah bukan "dara" okeh keke). Tgk muka kengkawan sorang2 dah pucat..aiseh aku dah cuak..takutttttnya..siap ader yg pitam2 lagi tau..

Takper2 dalam ati beristigfar byk2, niat ati cuma nak menderma darah utk diberikan kepada yg lebih memerlukan..hihi..yelah..mana tau ari ini..ari org..esok lusa kalau masa kita mana nak tau kan..NIAT yg baik Insya Allah tuhan makbulkan...

Okey aku aderlah penderma yg ke 80 plus, sejuk2 dah tangan aku hihi, g toilet ader 3 kali dah kot..(terkucil tak menahan..adoyai)..aku mmg camni kalau takuit..takut tapi nak derma gaks huhu..benda yg baik takperlah..

Konon2 nak bagi tangan kirilah kan..nak suh nurse amik darah belah kiri..skali dia cek2 kata saluran darah kecik..pastu siap dia kata u punya salur darah ni berlari2 lah..eh macam tu plak yer..beralih aku ke kerusi belah kanan plak..cuak tak reda lagi ni..tangan dah sejuk..tapi nurse tu mmg pro lah..cucuk tak sakit sgt..tgh bercakap2 tu dia kata darah dah nk penoh..(miracle)tak mcm pengalaman aku yg pertama dulu sakit owhh..nak carik urat tu..

Tak sampai lima minit beg darah dah penuh..terasa cam eh eh smooth plak darah aku ni kuar..Alhamdullilah aku telah menderma sebyk 380ml darah..bangga seh dpt menderma darah walaopun aku aderlah makhluk tuhan yg paling penakut hihi..

Dapat buku merah tu..n kump darah aku aderlah A okey..next year bolehlah derma lagi.
Memcm dibaginya lps derma darah tu ubat folic acid,air milo, 100 plus,roti,sijil dan pen.
Drpd first aid plak ader souvenier pouch kit..comey merah lagi..TQVM..

Monday, May 21, 2012

Resepi Cekodok Bawang (mudah)

Ok arini mood berbunga nak share resepi..yelah weekend kan waktu untuk memasak utk kuarga..Dahlah smlm masak lunch lambat..sibuk plak nak buat hidangan petang..smlm buat kuih kasturi(import drpd MIL - makasih mak) ngan cekodok bawang.Dahlah ujan..smlm..my brother sefamily pon ku jamu ngan cekodok gaks..sian adikku suh mkn nasik takmo katanya..diratah lauks plak..oklah citer pasal resepi..gambar taderlah..lupa nak snap..

Bahan-bahannya :

Tepung gandum (agak2 jugak - lebih kurang 2-3 cawan)
Sebiji telur
1 ulas bawang besra yg dimayang halus
ikan bilis - optional
kentang - optional
Air (aku pakai air paip jer)kengkadang campur ngan air sejuk
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
Campurkan segala bahan yg kat atas ni, air tu agak2lah..jgn terlampau cair sgt atau terlampau pekat.Kacau semua jgn sampai tepung bergentel.Minyak yg banyak di dalam kuali (make sure minyak dah panas baru masukkan adunan tepung tadi).
Setelah cekodok masak kekuningan,toskan and boleh dihidangkan utk minuman ptg..nyummeh..lagi terangkat kalau dimakan dengan sambal bilis..Mr.Hubby smlm kenyang ngan cekodok jer..hihi

Note : Benda yg simple dan senang kadangkala menambat perut seisi kuarga...

Thursday, May 17, 2012

Less is More..fullstop




“Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something.”


Sumber : thinkexist.com



Note : Kengkadang berdiam seminit adelah lebih baik daripada berbicara 10 minit yang langsung tidak bermanfaat/memberi faedah..

Wednesday, May 16, 2012

men'JARING' di tgh hari...

Alhamdullilah kenyang sbb ader farewell lunch untuk one of the officemate yg dah nak berenti. So destinasi JJCM kitaorg ke Restoran Jaring,Bandar Sunway..food selectionnya sgt variety..pinggan dah lah big plate pilih jer...letak2 lauk segala..yg paling tempting aderlah kuah pencicah ikan bakarnya..kalau ader tempoyak skali ngan budu..lagilah terbaik der..mak mertua lalu pon mesti tak perasan..Pricenya takderlah mahal sgt n takderlah murah jugak tapi berbaloilah yang kita mkn tu.."gendang gendut tali kecapi,kenyang perut sukati"..yeahh..perot kenyang..Alhamdullilah..

Alamatnya : Restoran Jaring
48, Jalan PJS 8/2
Bandar Sunway Mentari
Petaling Jaya

Tel No: 03 - 5636 6366 (boleh jugak buat reservation tmpt)

Bersebelahan dengan Domino's pizza..Dibuka setiap hari sehingga pukul 7pm (except Sunday & PH..rasernyalah tak sure sgt)

Tak perlu kata apa-apa !!!!

Terbaik der..ayam percik Kelantan (sedap sokmo rasernya) from Kelantan with loves..makasih Mr.Hubby..ader kuih akok jugakss..


Sumber : Cek mek google (alkisah lupo nak snap smlm)

Note : First time rasa ayam percik kelantan..sedap tol especially kuah dier tu..pekat..dan sedap..unexplainable..hihi

Monday, May 14, 2012

KRR on mother's day

Tak sangka Mr.Hubby sudi bwk isterinya g mkn KRR on "Mother's Day" for dinner..niat kena betul yer..bukan meraikannya..kebetulan Mr.Hubby nak banjer mkn smlm..Sbnrnya kitaorg nak g mkn kat Johnny's skali penuh lah plak..pehtu ckp ngan Mr.Hubby bole ke kita mkn kat KRR (percaya tak ni baru second time mkn sini).Beli dua main course dpt satu kids meal..oklah..tu berbaloi gak..walau harganya agak mahal sekali sekala takperlah kan..pix from website

Nyums ni hubby punya (Kenny's-chicken garden meal - RM18.50)

Ni aku punya (Kenny's Quarter meal - side dishes jer tukar macaroni cheese,potato wedges & fruits - RM17.50)

Triple passion RM7.50 (mine)

chocolate ice blended - RM11.90 (hubby's)

Anak2 dpt mkn free meal - rockie bowl (chicken ball & macaroni cheese)

Bila type ni pon teringat2,sedapppp..tapi tulah bila dah mkn byk terasa muak..kalau ader rezeki lebih lagi..bole kita dtg sini lagi..Insya Allah..

Friday, May 11, 2012

Pantasnya masa berlalu..


Adik Ayees dah besar skrg nih..dah pandai cakap pon..suka imitate org ckp..org terkezut tau dgr dia pandai ckp..sbb dia tak pelat..sebijik2 kuar

Umur skrg dah almost 1 yr and 10 mons huhu lagi 2 mons adik dah msk 2 yrs old kan.

Perkembangan adik :

1)Gigi ada 14 btg (8 atas, bwh 6 btg gigi..Mr.hubby tanya aku ngaper gigi dia jarang..manalah nak taukan)
2)Pandai borak2 bila kita tanya cam org tua
3)Mmg boleh diharap sbb understand instruction example mskkan baju kat lam bakul,amik pempes, buang sampah kat dustbin and etc
4)Sangat2 obsessed dgn ball (apa saja benda bulat dia akan panggil ball)
5)Sgt suka makan nasik (apa2 lauklah janji aku suap)
6)Tak suka makan eskrem (ngilu kot sejuk)
7)Tak hisap pacifier, tapi ader kain cuk (lampin)
8)Suka baca book yg kulit keras tu
9)Suka mandi (kejap2 ckp nak mandi,nak poo poo pon suh mandi)
10)Antara vocab yg dia selalu sebut sayang,nenek,atok,abang,air,duduk,ami,walid n etc..skrg kalau dia b'ckp bersambunglah 2 @ 3 ayat..

Note: Cpt betul masa berlalu, ingat lagi..masa ummi letak gambar adik ms scan 3 bln kat dlm blog nih..that was 2 years plus...skrg dah besar si dobbot nih..luv u anakku..rindulah..

Potluck....di tgh hari

Alhamdullilah..tgh ari tadi waktu lunch hour..kitaorg berempat bwk potluck (yg tapau dari KFC@kantin hihi).Best tau makan tgh hari kat umah member.Gambar mmg takderlah..Lauk pauk byk giler sampai tak tau nak pilih yg mana.

Mcm2 tul lauk,sambal bilis petai,mangga cicah kicap,popodum,kopok,ikan bawal,rendang daging..tak ketinggalan budu weh..dapnya...bersilih2 tangan kitaorg mencapai lauk..

Tuan umah sediakan nasi..n air jus oren (pehhh mmg menyegarkan di tgh hari yg panas ni)

Desert plak ader jeli yg kecik2 tu n eskrem jagung (dapnya)

Makasih yer tuan umah..nnt kitaorg dtg lagi yer..jgn serik invite kitaorg lagik hihi..

Thursday, May 10, 2012

Kuch Kuch Hota Hai..airmataku tumpah


Adoi smlm dkt TV2, ade tayangkan plak citer Kuch Kuch Hota Hai..

Kuch Kuch Hota Hai means sesuatu telah berlaku di hatiku..(jiwang karat ler ni)

Tapi series naper aku raser feel tu dah kurang yer..

Sedih tu aderlah (menitis airmatalah jugak..yer aku ni jiwang..ati romantik..haha)
tapi yet the feeling tak sama cam sepuluh taun dulu..dah tua gamaknya aku ni..
But yet I still enjoy to watch this movie sampai abis..sambil2 tidokan anak tu..

As a result, this morning kepalaku pening..sbb tak cukup tido..ha padan muka..aku..

Citer hindustan yg skrg2 ni byk yg mengarut dan mmg sangat over tak sesuai untuk tontonan seisi kuarga, apalagi untuk anak2 kecil...mmg sgt tak sessssuuaiiii...

Note : Pernah seorang sahabat menghadiahkan potret lukisan Shah Rukh Khan kerana dia fan yg sangat obsessed dgn that film star.

Nyummeh..McD..I'm Lovin It


Double Cheese Burger -McD (gambar kedit kat Cik Google opkoz)

Alhamdullilah, rezeki aku n kengkawan yg lainlah ader member yg sudi banjer..tah apa mimpinya..anyway thank u hihi..Kenyang aku dgn seketul double chezz,air milo n tentunya friesnya..dappp..tapi muaklah sket..lepas ni ader lagi ker yg baik ati nak banjer kami lagi..

Note : Mr.Hubby tau aku g makan McD, disuruhnya akku exercise..poyos tul lah..

Tuesday, May 8, 2012

Sharing contest link

Ni contest link from parenthots.com (Web based contest)

1) Dad Deserves an ASUS - click here
register dulu pastu leh lah joinkan diri..gud luck

2) Share mum tales to win prizes - click here


Ni semua free online contest, just try your luck..ada rezeki adalahkan..

Usaha,doa & tawakal..my 2cents

Thursday, May 3, 2012

KL Lumpuh...aku...terperangkap...LRT


@Salak Selatan


@Kajang kat metropoint kajang


@Salak Selatan

Credit pics to UTUSAN, BERITA HARIAN & KOSMO

Tajuk ceh kasik havoc sket..KL semalam 2 May mengalami banjir kilat di kebanyakkan kawasan KL.. Ampang,Kajang(ni S'gorlahkan)dan Cheras..tapi aku tidak berada di kawasan sekitar ni...kat mana aku? hihi

Semalam kan ujan lebat, Mr. Hubby pon takleh nak amik sbb byk keja..so aku pon cam biasalah nak naik LRT kat sungai besi tu...tetiba takleh nak access kat kawasan entrance LRT tu? aku tanyalah kat org2 kat situ, kenapa yer? Diaorg mention banjir tren takleh nak bergerak (kat area Salak Selatan)...argh sudah macam mana aku nak balik nih..

Semasa tgh duduk memikirkan alternatif lain nak balik umah, aku dgr2 lah org2 yg dok berhampiran dgn aku kata Salak Selatan banjir (dan ada kenderaan yg tenggelam..itu mengikut citer diaorglahkan..)takderlah nak jadik telinga karat lelama plak hihi..

Tak lama lepas tu pintu access LRT akhirnya dibuka (takderlah lama sgt..aku jer cuak..tah apa2)Naik LRT benti kat BTS..aku tunggu Commuter laks..kat schedule tulis 6:43pm..skali aku dpt naik tren hanya selepas kul 7..takperlah nak buat camner kan..sistem LRT and Commuter baru get back to normal..so pasrah jerlah delay ni kan..

Sudah suratan..smlm transportation yg aku nak naik pon..mengalami "kelumpuhan" sementara hehe..aku kelenguhan kaki berdiri..takper sabar itu separuh daripada imankan..ceh ceh..

So finally I reached home around 8 plus..1 day yg sangat memenatkan..n sedikit panic di situ..


(Nota kaki : Semalam dalam kul 2 lebih abah ckp air dah deras mula membanjiri kat area kajang)

Gold Coast Morib...here we come..



Today biler mama tanya is this weekend our family vacation?Aku baru tersedar eh..eh..few days more to spend our family getaway there..bkn terlupa tapi tak ingat...Okey..nnt biler dah pergi sana baru leh buat review..skrg ni..kita letak gambar dari site dululah..nak kasi feel sket..hehe..apa yg penting dapat menggembirakan ati kedua orang tuaku, and of coz our both son n my beautiful niece hehe..Hopefully they will have the splashing fun n family getaway leaves us the sweet memories..Insya Allah..

Wednesday, May 2, 2012

On Leave and Demam Contest

Bila 4 hari dah cuti,ari ni start keja jadi lemaulah plak hihi..Bila jadik suri rumah tangga beberapa hari ni,mengemas rumah mmg tak berhenti2, ada je keja yg nak dibuat.Kalau aku dok umah permanently mau pengsan aku hihi..kepenatan..Aku mmg salutelah surirumah..aku mmg tak dayalah nak jadi full time housewife..

Mr. Husband very the busy pasal hal2 rumah yg kitaorg duduk skrg..bz sesangat becoz he is the Mr. Chairman (kesian aku tgk dia penat sgt ke hulu ke hilir)..cepatlah benda ni selesai bolehlah Mr.Hubby mengambil keputusan utk resign dari MC (management committee).

Cuti2 pon most the time dok kat umah jer..tak ke mana sangat..aderlah mencuri sedikit masa hubby ke Jusco dan QThai Restaurant (sedap jugak makanan kat sini.

Ari ahad tu masa g makan kat area Bandar Tun Razak,aku memborong surat khabar Mingguan M'sia,org kat kedai tu pon pelik naper aku nak beli bebanyak..Yer aku demam contest..tah apa2 kan..takperlah belum cuba belum tau kan..tuah ayam nampak di kaki, tuah kita saper yg tau kan...cuba jer tak salahkan..Aku cuba contest SMS Peraduan Kumpul & Menang kat Mingguan M'sia Edisi Merah E (16 - 30 April 2012).Manalah taukan kot2 ader rezeki menang sofa hihi..takper berangan itu pree tak perlu bayar...Takper..kita berusaha,doa dan tawakal..mana tau ader rezeki...Amin..