Tuesday, May 29, 2012

Kebolehan dan Rezeki


Setiap orang Tuhan dah tetapkan KEBOLEHAN dan REZEKI masing2kan tapi kadang2 kat luar sana termasuklah aku sendiri yang kurang perasan kepada kebolehan diri sendiri kan kan.Sebab apa aku cakap begitu, sbb orang melayu ni especially mudah sangat raser rendah diri dan ketidak-percayaan kepada kebolehan memanupulasikan kemahiran diri sangatlah tinggi.

Walaupon kita boleh menjadi seorang leader tapi ramai yang memilih untuk menjadi follower sbb apa? Sbb tak yakin boleh jadi hebat dan berjaya.Ader orang yg memang dilahirkan berjaya.Tapi ramai jugak yang lupa kejayaan juga bermula dengan titik kegagalan.

Aku sendiri aderlah orang yang Tuhan selalu beri peluang kedua Alhamdullilah.Macam orang kata pahat dengan pakulah,dah kena ketuk baru nak bergerak, baru nak tersedar bila titik kegagalan tu muncul memberi inspirasi untuk aku bangun memilih untuk merubah hidup.Kalau aku tak tolong diri aku siapa yg nak tolong kan hihi.

Aku sangat percaya setiap dari kita ader kebolehan cuma kita jarang menyingkap kebolehan diri itu.Kan aku ader cakap tadi kita selalu rasa low self-esteem,selalu raser tak bagus seperti orang lain,selalu raser yang orang lain lebih baik dan lebih beruntungkan.Kita banyak silap sebenarnya sbb selalu meletakkan batu penghadang besar yang menghalang kita untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.

Jangan kita mengambil contoh orang yang tidak berjaya, tapi kita mendorong diri kita untuk melihat kejayaan orang lain.Belajarlah sematkan dalam diri kalau orang lain boleh berjaya mengapa tidak aku.Selalulah melihat sesuatu kejayaan pihak lain sebagai positive attitude bukan melihat dengan pessimist thinking.

Aku juga belajar untuk memperbaiki diri sendiri,sebagai contoh aku tak berapa pandai masak tapi disebabkan aku suka makan so terpaksalah belajar masakkan.Sedap tak sedap tu belakang citer, kalau dah selalu kita buat alah bisa tegal biasa kan.Lama2 pandailah nanti walau pon tak perfect.Sbb kita selalu berada dalam learning processkan.

Cycle hidup ni begitu cepat sekali berputar,siang malam silih berganti,dari bayi,remaja dan sekarang sudah meniti alam dewasa.Takkan nak biarkan sahaja kehidupan yang berlalu tanpa apa2 pencapaian yang boleh kita lakukan.Takkan nak biarkan opportunity berlalu begitu sahajakan.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang taukan.Belum cuba belum tau.
Terokalah kebolehan diri kita yang mungkin kita belum tau, kerana rezeki tuhan ader di mana2kan.Cuma kita perlu kuat berusaha,berdoa dan bertawakal jgn mudah berputus asa.Insya Allah ader rezeki yang tuhan bagi kita tidak akan terjangka.Aminnnn

"Kejayaan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada kejayaan yang lebih besar."

Note : Ini aderlah coretan dan pandangan peribadi aku, tiada kaitan langsung dengan sesiapa. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment