Monday, November 26, 2012

Winning Entry : Marie Claire Web Winners October

Alhamdulillah ader rezeki lagi dengan Marie Claire, yang sebenarnya aku aim minyak wangi Guerlain La Petite Robe Noire EDT sampai hantar a few sms (more than 3 I think hihi-berangan punyalah nakkan perfum tu)..last skali rupanya sangkut kat Dr Sebagh Natural Replenishing Cream (NRC) sejujurnya aku hanya hantar satu sms sahaja..sbb tak bajet nak menang ni (teruknya aku kan) takperlah masing2 kan memang ader favourite item.Ni pon dah oklah dengan hanya RM1 hadiah yg aku bakal dapat ni worth of RM159. Alhamdulillah oklah tu kan.TQVM Blu Inc sbb pilih aku, lenkali pilih lagi yer.Amin.


Senarai Winners for Dr Sebagh Natural Replenishing Cream (15ml)

  1. Lee Bee Kuen
  2. Bilqis Bahari
  3. Sonicque Teh
  4. Ida Suhana Adi Negara
  5. Suriyawati MD Seran - it's me
  6. Yong Bee Yan
  7. Julieana
  8. Josephine Ong
  9. Agnes Chee
  10. Dilina Kamaruddin
  11. Mariah Yahya

Nota kaki : Aritu aku aderlah join a few offline contest...moga-moga ader rezeki...In Syaa Allah.

Friday, November 23, 2012

Hadiah kecil-kecilan

Alhamdulillah ader jugak hadiah kecil-kecilan yg di collect oleh Mr.Hubby makasih sayang.Ader yg menang atas nama hubby ader jugak atas nama aku sendiri.Yg penting hadiah2 yg aku dapat ni boleh dikongsi bersama yg tersayang syukur.Hadiah2 ni aku abadikan di blog ni sebagai kenangan di hari muka, mana tau biler dah tua2 nanti boleh jugak citer2 kat anak cucu pengalaman aku join contest.Kalau menang hadiah tak kira kecil atau besar selalu membuat aku tersenyum sampai ke telinga.Aku kira itu suatu terapi minda yg sangatttttttttt best dan relaxing.A hobby which is worth to try.

Ni hadiah sample Clarins & Eye Treatment worth of RM200 from contest Oh Bulan (slogan)

From TimeoutKL dapat voucher O'briens RM50 (slogan)
Ni menang atas nama Mr.Hubby

Voucher Occubite SMS contest dari majalah CLEO

Menang contest PANTENE Anugerah Skrin 2012 worth of RM200
citer lanjut di SINI

Alhamdulillah Syukran Ya Allah...

Thursday, November 22, 2012

Kembali kepada Pencipta-NYA

Bila sudah sampai masanya siapalah kita untuk menidakkan kuasa tuhan,dari menyeksakan arwah,ahli keluarga terpaksa redha dengan takdir ini.Semua akan kembali kepada pencipta-Nya, cuma masa,bila dan di mana dan cara kita pergi tidak dapat kita ketahui.Ini peringatan kepada diri sendiri sayangilah orang yang rapat dan terdekat dengan kita.Kerana kita tak tau sama ada esok atau lusa dia akan bersama kita lagi dengan kita ataupon tidak.

Buat atuk Mr.Hubby, Innalillahi wainailaihi rajiun dan Al-Fatihah.Semoga atuk ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.Ya Allah sedihnya raser walaupon itu atuk Mr.hubby tapi still terasa kesedihannya kan.Last Sunday kami dikejutkan dengan panggilan dr sepupu Mr.hubby yg inform atuk dah takder lagi at 4:20am.Sebelom tu atuk mmg dah dimasukkan ke hospital Sg Buloh kerana accident.Mmg sudah sampai masanya, semua ahli keluarga terpaksa redho.Damailah atuk di sana...amin.

Atuk Mr.Hubby seorang yg suka tersenyum,kali terakhir aku berjumpa atuk aderlah beberapa minggu lepas.Atuk nampak masih sihat,cuma biasalah orang tua kan aderlah sedikit keuzuran.Atuk pergi meninggalkan kami semua dalam umor 84 tahun.Alhamdullilah dapat juga aku mengenali atuk.Teringat2 aku, sewaktu majlis persandingan kami di rumah pihak lelaki atuklah orang yang membacakan doa di majlis perkahwinan kami.Terima Kasih banyak atuk.

Note: Dalam beberapa minggu byk btul perkara yg berlaku ader sedih, ader jugak berita gembira.Ya Allah kau lindungilah ahli keluarga kami daripada malapetaka bencana.Amin..



Thursday, November 8, 2012

Winning Entry : Menang Hamper P&G/PANTENE ASK 2012

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, contest sms ASK 2012 I am one of the consolation winner.Syukur Ya Allah.Walaupon saguhati itupon dah buat ai happy.
Perasaan mestilah best dan terujakan.Dahlah last minute masuk, semalam on 7th Nov 2012, 11 malam baru aku hantar sms tu.Kalau sudah rezeki Insya Allah tak ke mana.Terima kasih banyak kepada Yumie Lufya & saudara Hazman masa tu aku tgh BW and come across to their blog.Masa tu pikir eh sempat lagi ke nak masuk, hati dan perasaan masa tu 50/50 nak join.Saper yg masuk contest tu memanglah nak menangkan.Samalah cam aku jugak teruja sbb ramai comper yg menang hadiah hamper P&G tu best betul, tu yg membuatkan aku teruja sama.Ramai jer comper hebat yg menang hihi..aii ni bilis je hihi.

Smlm balik umah pon dah lambat , pastu Mr.Hubby ajak g beli barang kat TESCO, macam orang mengantuk disorongkan bantal lah aku.Sampai di TESCO aku terus pergi ke rak syampu mata melilau mencari syampu.Untuk rekod inilah pertama kali aku join yg purchase and sms slogan contest.Dahlah ader kes silap harga masa beli kat situ.Bertangga skjp kat counter service.Dah balik cargas I mereka2 ayat....kengkonon poyo2 lah ayat tu haha.I menang yg last batch.

Ok nak citer, ptg tadi around 4 dpt call from PANTENE pehh berdebar jer rasa, PIC baik sangat melayan I hihi.Makasih Ms. Liang.Yelah orang yg jarang menang memang camgini kekdahnya.Dia kata congrats anda menang hadiah saguhati.Rasa smlm berbaloi sgt pembelian syampoo PANTENE RM13.90 plus RM0.30 untuk penghantaran sms berbaloi-baloi rasanya.Syukur Alhamdullilah.
Nak citer I terkantoi plak biler PIC tanya u taknak amik hamper & g anugerah skrin ke? Boleh plak I terkantoi tanya kat dia kat mana yer?I can feel that she is smiling at the other end.Malooooo weh hihi..pastu dia ckp kat PWTC.siyus kantoi haha.lenkali kalau nk masuk satu2 contest tu kasi hadam ek..lesson learned...a new rewarding experience for me.

Merasalah Mr.Hubby glamer esok, sian husband ai dia dahlah pemalu,takpe katanya demi isteri tercinta haha...poyos jer..

Nanti dah ader pix I tempek sini k.....hmm senyum sampai ke telinga arini...seronoknya..

For my own record and kenangan aku nak share my slogan yg tidak seberapa itu :

"ASK 2012 sebuah platform cetusan aspirasi bagi karyawan tampil berexperimentasi,PANTENE merealisasikan aura sensasi, menyaksikan debaran dan expresi artis itu sudah pasti".







Hadiahnya berupa hamper P&G worth of RM200 & 2 passes for Anugerah Skrin 2012.Awesomekan.

Nota kaki : First time won for sms slogan contest, for my own record.






Monday, November 5, 2012

Sekadar citer anak2 di hujung minggu



Smlm petang kan ujan so kami anak beranak (read : me & anak2 jer hihi) berkrohh ngan sgt syiok..tapi si adik mcm biasa walaupon tido masih ngan hek hok hek hok..tak paham ummi ngan adik ni ..kamu mata pejam mulut b’bunyi2.Abang hmm tido ngan nyenyaknya diselimuti ngan bean bag hmm nyamannya anak2 ku tido..

Tetiba si adik boleh plak dia terbangun, aku tinjau dari jauh jer ..bangun tido tu dia terus pelok sayang abg demoksnya tu, pastu boleh plak sambung tido balik,so sweet, so cumil.Semoga kasih sayang korang berdua akan kekal hingga ke akhir hayat Insya Allah.

Pagi tu aku sgt sibuk di dapur (hiii cibuk sgt ker haha), sambil mesin baju sesambil nak masak breakfast..hmm tinjau2 lam peti ais ader mee kuning sebungkus..cargaslah tangan aku buat itu dan ini.Skali tu budak dua orang keluar masuk dapor…Yg si Abang…ummi abg lapar ni cptlah masak mee (ewah oder plak kamoo ehh)…yg si Adik nak makan nasik..mana ader nasiklah sayang mee goreng sajorkkk..Si abg tanya ummi abang nak tolong masak (read : budak umor 4 taun nak tolong masak hokey).

Sekali tu aku tak sampai ati, so aku pecahkan dua biji telor untuk dimasukkan dalam mee goreng..sonok yang amat budak dua orang nih..bergilir kacau telor (kacaulah sgt hihi)..tapi sukalah dorang dpt buat tu..yg si adik mmg ngikut jer apa yg si abg buat tu..(Actually aku mmg tak kisah pon kalau anak2 lelaki rajin ke dapor..bagus apa..almaklum aii ni takder anak dara). Lps dah siap masak breakfast, bukan main beria dan berselera lagi dorang makan.Sian anak2 ku, weekend baru dpt masakkan untuk keluarga.Tergaru jer rasa hihi.

Dah petang tu pulak ujan lebat, aku baru lepas cucikan abang poo poo…Sekali tu dia berlari sampai tercabot tuala yg aku pakaikan untuk dia.Bersunggoh dia m’gambil kain di jemoran (haha), siap cakap cepat ummi ujan dah turon..masa aku aku amik kain..dia pon kelam kelibot tolong sama dengan terbogel haha..cumil..dahlah demoks...lawak je aku raser..but i'm so proud of u abg.

Dah mlm tu Mr.Hubby treat me & anak2 kat Q-Thai Restaurant yg sepelaung jer dari umah…Food semlm mcm ader yg kurang..tapi still sedaplah...

CLEO Freebies - October

Alhamdullilah ader jugak rezeki dengan majalah CLEO.Ni first time join contest sms majalah CLEO.OKlah out of 50 ader jugak terselit nama aku hihi.Rezeki makanan saper tak suka kan.Nntlah biler free aku masukkan gambar muffin Occubite ni. Silap yer harga dia seketol aderlah RM2.50 per pc.Aku tgk byk jer free benda ni online...benda baru dia ngah promote kot.

Hi there!

Congratulations! You’ve scored yourself an Occubite voucher for a box of 6 muffins, as featured in the Freebies for You column of CLEO October 12’ issue.

Details for collection are as follows:

Venue : Unit 701,702 & 704, Level 7, Uptown 1,
            No.1, Jalan SS21/58 Damansara Uptown
            47400 Petaling Jaya

Time : Anywhere between 9am-12pm or 2pm-6pm (please note that we are closed on weekends and public holidays).

Date : 5-9 November 2012

Please take note that prizes which are not collected by 9th November will be FORFEITED.