Tuesday, March 27, 2012

Me'nate Ampang



Menjejes tak ayer liur? hihi..sajer jer...

Ok ni daging Wagyu..yang plg famous,plg mahal and plg sedap (orang2 lain kata tapi bkn aku).

Ntah..aku siaplah search dari internet bagai daging Wagyu ni apa? Lembu yg diurut/dimassage untuk menghasilkan daging yg plg lembut,sedap dan lemak yg tanpa kolestrol..

Tapi ntahlah mmg beyond my expectation b'coz tekak aku mmg takleh terima..
Aku tak pasti tang mana yg sedapnya..rupa ader..tapi rasa mmg not melt in the mouthlah haha..
Mmg kalau orang tak banjer..mmg tak gi lah aku hihi..harganya sekeping steak RM130++
Kau mampu..aku mmglah tak..
Aku amik medium well(daging masih merah2 lagi..adoyai..mmg tekak aku takleh nak terima..dan serius takleh nak menikmati kesedapannya..ke..aku mmg tak pandai mkn) yelah tekak aku bkn tekak westernkan hihi

Mr.Hubby..aku tgk..mcm terpaksa menghabiskan jugak steak yg medium rare tu (lagi merah2 - adoyai kembang tekak aku)..yelah syg kan dah orang banjer makan jerlah ..portion aku pon dia amik sket..kesian dia..full and bloated but yet beyond satisfactions.

Note : Bkn aku tak recommend, cuma nya mungkin aku mmg tak pandai nak menikmati kesedapan steak tu..yelah lain orang lain pandangannya ye tak?Tapi bagi aku sendiri mmg tak mencapai standard aku nk makanlah (ceh poyos..macam kan selalu jer mkn steak kan,walhal once in the blue moon..hihi)

Don't judge a book by it's cover..adious..

Thursday, March 22, 2012

Sandwich tuna super duper senang..

Yer roh "R" telah menyerang..apa kata arini kita share plak resepi Tuna Sandwich @ Sandwich Tuna..ala sama jer kan..

Bahan2 :

1 tin Tuna Chunk in water (Tak kisahlah apa brand pon..tapi aku pakai cap Ayam Brand..ceh promosi plaks)
2 ulas bwg sederhana besar (dihiris halus)
sedikit cili padi (optional)
1 batang cili merah (dihiris halus)
4 sudu besar mayonis
3 biji limau kasturi (diambil jusnya saja)
Roti Gardenia satu buku

Cara membuatnya :
Masukkan tuna tadi (Peringatan!Sila buang air di dalam tin tuna tu,jgn mskkan
skali k)ke dalam mangkuk dan dihancurkan,kemudian letak bwg,cili padi/cili merah,masukkan jus limau kasturi dan mayones...kacau rata dan sedia dihidang (spreadkan kat roti)..
Senangkan..and nak lagi best mskkan dalam peti ais..sejuk2 lagi sedap..
Berkhasiat dan sangat menjimatkan..

Waktu penyediaan : 10 - 15 minit
Sesuai untuk : Breakfast atau Tea break
Hidangan untuk : 4 - 6 orang

Air tangan suami....



Cer tengok tajuk..cam takder kene mengena pon ngan gambar pon kan..propa jer lebih..hihi..tapi ni mmg hasil kerja tangan kreatif Mr.Hubby tau..caya tak? Jgn tak caya..

Rupa luaran Mr. Hubby mmg garang abislah..tapi dalam ati ader taman..pinky heartlah nih..
Aku mmg tak tau en. Suami kreatif begini, biasalah setiap lelaki masa proses nak mengayat memcm cara nak memikat ati kita kan..tapi mr.Hubby sgt istimewa sbb kreatif camni..sbb I tak pernah..dpt pon hasil air tangan lelaki cenggini..so sgt terharu di situ..dan this handmade is specially made for me...dlm botol tu containing daun & bunga kering dan ader kertas yang digulung menjadi bunga ros...kreatif kan..

Ni semua kenangan masa zaman courting2 ni..hihi..10 years back..still remain fresh in my memory..Mr.Hubby..is full of suprises that time..I really miss that moment..kadang2 benda kecil2 macam ni yg membuatkan hati kecil kita sebagai perempuan tersentuhkan? Anyway I bersyukur sangat berkahwin dengan Mr.Hubby and hope to love and to be loved till end of my heart beats..adious...

Percayalah LOVE IS MIRACLE,& CAN CHANGE U TO BE AN AMAZING PERSON....ESPECIALLY WHEN U LOVE SOMEONE..

Tuesday, March 13, 2012

Early comer - break my own record

Hmm...arini sampai opis sangat2 awal. I reached here at 6:37am (hu siap recall tu time in). A good record for me for this year 2012.Bertolak kul 6am even before solat subuh(solat kat opis jer), sbb Mr. Hubby need to go to Terengganu today for submission to Majlis Perbandaran.So utk memudahkan keja I tagged along him..but until my office only..niat di hati tu mmg nak terbabas EL jugak ngikut hati ker Terengganu,tapi apakan daya my report already awaits to be finished up.My other half pls take care..and my prayers will always be with u..Insya Allah.

Monday, March 12, 2012

The Golden Rules

KEIKHLASAN BEKERJA


Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,
perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang
dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan
atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun
yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu
sendiri.

Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi
semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila
ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi
tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; “Saya tidak mempunyai apaapa
harapan terhadap organisasi ini.”
“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang
yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja
sahaja.”

Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi
tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti
program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepada
nya, “Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf
tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anakanaknya
kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang
anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, “Jika diberi pilihan,
antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda
dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

Dengan pantas beliau menjawab, “Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji
atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”

Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui
kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan
kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.

Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak
semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
tanya staf tersebut.
“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan
melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan
anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”
“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad,
siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule.

Wednesday, March 7, 2012

Winning entry - John Carter movie


*Credit to Google*

Alhamdullilah arini ummi dpt call dari astro ceria PIC, informing that abg Sufi Rayyan menang dapat 2 tiket free daripada Astro/Ceria to watch John Carter Movie...Rezeki atas nama anak ummi boleh dikongsi sekeluarga kih kih..so boleh ngedate ngan my fren jugak with her family members.Sbb she won too..

Date : 10 March 2012
Day : Saturday
Time : 10:30am (ticket collection from 9:30am to 10:20am)
Venue : TGV, Sunway Pyramid



TQVM Astro/Ceria..

Wordless Wednesday - Posto! Posto!





alolo tomeinya chinese boy dolly ni...
TQVM Impact Creation

Received goodies - last week


wink!wink!received 1 paper bag containing revlon goodies.
TQVM BLU INC MEDIA SDN BHD
Already share the item with my beloved ones...


Redemption gift worth RM270
TQVM ANMUM ESSENTIAL

Monday, March 5, 2012

Resepi Sambal Telur Rebus

Lamanya rasa diri ini tak mencoretkan nukilan resepi yer…

Ok..rasa cam nak berkongsi satu lagi resepi di blog..iaitu resepi sambal telur rebus

Bahan2 :

Beberapa biji telur yang telah direbus dan dikupas kulitnya (anggaran masa merebus 15 to 20 mins)
(telur yg telah dikupas digoreng seketika – berwarna kekuningan)
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
Cili giling (byk mana ikut suka) – yg aku buat 2 senduk besar
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara membuatnya :
Tumiskan bawang besar dan bwg putih sehingga layu dan berbau wangi..kemudian masukkan cili giling..
Dan masak sehingga pecah minyak..kemudian masukkan sos tiram dan sos cili..garam dan gula secukup rasa..digaul rata.Masukkan telur..dan biarkan seketika..pastu panas2 bolehlah dihidangkan dengan nasi putih…walla..best..
(heh msk bakul picit lift sendiri)

Nota kaki : Bagaimana nak tak tau sambal tadi dah pecah minyak..adelah dengan melihat perubahan warna dari merah cerah ke merah gelap..means masak betullah...opps tapi bkn sampai hangit yer..
Nak tau sambal tersebut sedap ke tak sedap..adalah dengan memasak cili tadi sehingga pecah minyak..barulah terasa kesedapan sambal tu..ceh perasan lagi…
Aku pon tak pandai sgt..tapi niat di ati tu nak bagi ayor tangan sendiri tok suami..biar selera suami makan..dan Insya Allah berkat..