Thursday, December 13, 2012

Kriteria dalam memilih Playschool atau Kindy

Biler dah jadi mak ni anak2 aderlah menjadi keutamaan kita kan.So aku pon sama jugaklah macam ibu2 lain kat luar sana tu, aku pon ader kriteria pilihan bila nak mencari playschool,kindy & daycare.Jom kita tgk apa yg aku listkan kat bawah winks..

1) Mestilah rumah corner lot yg ader playground atau ruang yg anak2 boleh bermain.Kalau kat dalam building sahaja aku raser anak2 rase terkepung dan takder aktiviti riadah.No offence yer, ini aderlah pendapat sendiri.

2) Bersih..bersih...dan bersih haha nampak tak penekanan bersih kat situ yelah utk kesihatan anak2 kita jugak.

3) Utk 3 yrs old (playschool) bkn exam oriented yer...so kalau2 anak2 kita tertido dlm kelas dimaafkan hihi (sila jgn amalkan ini yer hihi)

4) Sebenarnya kalau bolehlahkan aku tak berapa suka konsep exam oriented, sbbnya budak2 ni kan kecik lagi. Bagi aku let them having fun while they still can...boleh ker? Tapi it seems nowadays sgt memberatkan exam oriented...sian ngan anak2.Bukanlah kata parent malas nak sama2 mengulangkajikan...(ade jugak kot), but for me fun learning is the best.

5) My preference is English + Islamic + Montessori (hamboiiii demand sunggoh kih kih)

6) Affordable (orang kata ukur baju di badan sendirikan)

7) Playschool + Kindy + Daycare (Skrg dah byk pilihan..yelah kindy tumboh bagaikan cendawan..ecewah)

8) Lupa plak nak ckp, kalau boleh carilah owner atau pengusaha kindy tu MUSLIM, bkn apa senang kita nak memantau makanan anak2 kita yg halal.Tapi ini semua pilihan di tangan masing-masing.Sebagai ibu bapa mestilah selalu memilih alternatif yg terbaik kan.

9) Kalau ibu bapa yg selalu balik lambat tu I think there is a package offered kot.Bole jer bawak berbincang dgn pengetua or owner.As for me, Mr.Hubby dah kawtim  sampai kol 7 hihi, sbbnya plg cepat kitaorg akan fetch anak2 aderlah around 6:30pm.Nak buat camnerkan almaklum dok kat KL ni jammed di sana sinun kan.

10) The last but not the least, best sgt kalau kindy yg ader ajar art crafting,mengaji (example Iqra),solat,cooking,painting,swimming,ader join or g event (mak dia yg hover sbnrnya).Takperlah kan berangan itu free...org kater kalau ader rezeki lebih mengapa tidak kan.

Note : Duit bknlah segalanya,tapi duit juga yg memungkinkan segalanya kan kan kan...So Ummi Rayyan & Rayees pls pls pls berjimat cermat hokey....simpan sikit2 lama2 jadi bukit (adoyai....bolehke pakai peribahasa ni lagi)

 

1 comment:

  1. survey tadika http://akulahputeriraja.blogspot.com/2012/12/kindergaten-huntinghasil-pemburuan.html

    ReplyDelete