* gambar google jer nih..(Masjid As-Syakirin,KLCC)
Aku mmg tak biasa berbuka di masjid,mmg biasa berbuka kat umah jer kalau berterawih lepas tu ader moreh mmg biasalahkan..so cam peliks sket bila mendapat jemputan berbuka puasa di masjid.Mmglah private function cumanya lebih bersederhana dalam makanan yg dihidangkan..mmg takkan aderlah buffet yg penuh meja...tapi rasa seronok dia lain..terasa ukhwah dengan tetamu lain yg dtg..utk info masjid as-syikirin antara masjid di KL yg akan menyediakan hidangan berbuka puasa setiap hari dlm bulan ramadhan ni..Ader ceramah jugak yer.Ramai jer aku tgk musafir dan org yg nak bersolat di masjid tu berbuka kat situ..ramai sangat n meriah..
Aku dapat rasa bos Mr.Hubby sangat humble bila mengadakan majlis berbuka poser di masjid,walhal dia mampu utk sponsor majlis berbuka poser di hotel2..aku nampak keikhlasan dia n tak suka menunjuk2..kita yg biasa2 ni yg over suka sgt kalau dapat jemputan berbuka puasa di hotel2..terasa insaf plak aku hihi..Orang berduit pon merendah diri..
Oklah..majlis berbuka bermula dgn sgt simple..hanya dengan manisan yer frens..tiada hidangan yg mencuri pandangan..tetapi alhamdullilah walaupon sket namun ttp sedap..ari sabtu tu kami dihidangkan dengan roti jala dan kuih akok yg pada hemat aku sgt sedap..simple tapi menambat rasa di tekak aku..dan yang penting niat tuan umah tercapai..bersederhana..
Lps dah makan sedikit manisan tu..barulah semua bangun buat solat jemaah Maghrib..dan kami yg bawa skali anak2 kecil ni..terpaksalah bergilir hihi..aku beri laluan utk Mr.Hubby menunaikan tanggungjawabnya..pastu barulah aku plak dpt bersolat..camnilah kalau bwk anak2 yg kecil pegi berbuka poser kat luar kan kena bergilir2 kalau nak solat.
Selepas tu kami naik ke aras dua dan dihidangkan dengan makanan berat yg simple..dihidangan secara buffet..walaupon pilihan lauk tak byk..tapi alhamdullilah mengenyangkan dan sedap hihi..Ayam rendangnya sangat sedapppp(teruk aku ni asik citer psl makanan jer).For info kalau ader sesiapa yg ingin mengadakan private function ni..ader jer caterer kat situ yg akan buatkan..utk lebih lanjut mebi bole tanya pada pihak urusetia masjid kot..
Note : Bersederhana dalam berbuka puasa adalah lebih baik...tingkatkan amalan utk sepuluh malam terakhir..mana tau bertemu lagikah kita dengan Ramadhan pada tahun hadapan?..Waallahualam (Pesanan untuk diri sendiri jugak)
No comments:
Post a Comment