Wednesday, February 3, 2010

Puding nenas tragedi

PUDING NENAS

Citer di sebalik nak buat puding ni walaupon citer dah basi, gula yg sepatutnya menjadi karamel telah hangus kih kih sbb tak perasan.akhirnya karamel terpaksa diganti ngan cube nenas dalam tin..Nasibbbb baik jadik..

Bahan :
1 tin cube nenas dalam tin
1 bungkus serbuk agar2
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
1 tin susu cair 400gm

Cara membuatnya :

Rendam agar dlm air sejuk lebih kurang 2 jam supaya cepat cair semasa dididihkan.Masukkan 4 cawan air dan didihkan kemudian masukkan agar2, kacau sampai cair.Setelah agar2 cair masukkan gula 2 1/2 senduk (kurangkan bagi yg tak suka manis).Kacau rata, lepas gula dah cair masukkan susu ideal atau F&N susu sejat, kacau sehingga mendidih.Akhir skali masukkan cube nenas atau boleh jugak disusun dalam loyang.Sejukkan semalaman di dalam peti ais.Boleh dihidangkan untuk pencuci mulut atau minum petang..Sedap ok..

No comments:

Post a Comment