Tuesday, July 31, 2012

Rindu adik..sayang adik...mmmmmuaahhh


Hmm tgh wat keja tetiba teringat plak kat adik...teddy bear kecik ummi ni..geram sgt..dahlah petah berkata2 walau umor baru masuk 2 taun..byk sangat pertanyaan..apa dan kenapa kelakar sangat..

Suka sgt muncungkan mulot, boleh gantung hanger kat situ..haha..missed u sayang..

Macam manalah nanti agaknya..next year adik ke playschool dan abang plak ke kindy..
Hmm macam2 perasaan melanda diri..Betulkah keputusanku ini..dilema sungguh..Setiap ibu bapa mahukan yg terbaik untuk anak2nya..aku dan Mr.Hubby pon begitu,takder yg lain hanya fikir kebaikan utk anak2.Risau sangat sbb anak2 aku tak biasa dengan orang lain/pengasuh..yelah dorang duk ngan my parents so terlebih manja..

Kuatkan ati ku Ya Allah..moga2 pilihanku untuk anak2 adalah yg terbaik..Insya Allah.

Note : Anak2ku Sufi Rayyan dan Sufi Rayees, Ummi & Walid loves u both very much..tidak ternilai harta di dunia..Kamu berdualah harta dan kebanggaan kami..Amin..Lotsa loves,hugs & kisses from ummi & walid..

Monday, July 30, 2012

Cerita ceriti berbuka puasa - 8th Ramadhan

Ari sabtu yg baru lepas ni,kat umah parent aku buat breakfasting & gathering ngan adik-beradik sebelah my mother...mmg terbaik der..Besh giler and the foodies is awesome haha..Mak akunya proposal every house should bring 1 kind of meal and 1 type of kueh..so sket2 lama2 jadi bukit kan..As tuan rumah kitaorg masak ikan keli cili padi (org nogori mmg suko mkn podas ni ha),bubur kacang,agar2 merah..n yg paling menjadi rebutan aderlah air fruit cocktails (perasan)..best sgt..

Bila dah berkumpul beramai2 ni,mcm2 lah air tangan yg dapat dirasakan..mmm nyummeh..ader ayam masak gulai cili padi,kari ikan,sop tulang temulang,kuih-mueh and yg paling attract kat mata aku aderlah cik Red Velvet Cupcakes...dah lama mengidam nak mkn..aritu ms g shah alam dah nak terbeli tapi tak jadi..rupa2 mmg nak jadi rezeki aku dapat makan air tangan my own cousie Nad's.

Tak sangka weh my cousin sister ni berkebolehan masak cakes ke cupcakes..series sgt besh...dia jer yg malu2 hihi..Aku ni org kampung manalah biasa makan benda yg pelik2 ni kan..so haruslah teruja.The combination is superb..well done little sister..Aku hmm tak berapa pandailah..bab kek pelik2 nih..kalau suh buat kek coklat moist pon terpaksa refer resepi balik..teruk ker? Tapi Insya Allah jadiklah..walaupon tak pro...nak makan buat kuarga sendiri bulehlah..



Note : Jangan ader yg jilat screen pc yer..hihi.

Friday, July 27, 2012

Biskut Raya 2012 by AniHas Home Made Cookies

Hmm...ade yg nak usha beli kuih raya...mehlah sini..office colleague aku ade jual home made raya cookies yg specially home made by her mother...memang sedap..& crunchy rasanya..hihi...

Cubalah rasa..berbaloi2 rasanya..cuba satu mesti nak lagi...

Murah and sedap mana nak dapat...meh meh jamu mata ngan gambar cookies & price list kat bawah ni..

a) Chocolate chip cookies
Qty : 50pcs RM16.00

b) Flower cookies
Qty : 50pcs RM16.00

c) Green Cookies
Qty : 50pcs RM16.00

d) Badam Nut Cookies
Qty: 50 pcs RM 16.00

e) Kapit Kurma Cookies
Qty: 50 pcs RM 16.00

f) Cornflakes Chip Cookies
Qty: 50 pcs RM 18.00

g) Milo Rice Cookies
Qty: 50 pcs RM 18.00

h) Cashewnut Cookies
Qty : 50 pcs RM 20.00

i) Bubble Rice Cookies
Qty: 50 pcs RM 20.00

j) Spiral Rice Cookies
Qty: 50 pcs RM 16.00

My favourite cookies raya yg without miss aku akan order adelah "Bubble Rice Cookies" & "Cornflakes Chip Cookies".

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :

Puan Zaidah Binti Hassan (012-2618565)
Facebook account : jade nuzid
Email address : hadiaz_49@yahoo.com


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!Semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik untuk melakukan amal ibadah sepanjang bulan puasa ini.Insya Allah..

KL Sogo : Count & Win Contest 2012


Salam Jumaat yg penuh Barakah, ader contest barulah di Sogo, kalau berbelanja a minimum of RM300 in a single receipt don't forget to join this ok..

for terms and conditionnyer sila terjah sinun

Wednesday, July 25, 2012

Free KFC voucher RM10


Saper yg tak suka dapat benda free ye tak? Tapi voucher ni takderlah dapat free pon uols...hmm kenalah beli cat Jotun yg bukan murah yer..utk 2 tin cat Jotun 15L each harganya aderlah RM500 plus..mahal ker? tapi tulah harga yg paling murah dapat..lagipon Mr.Hubby dah recce dulu..so katanya mmg murahlah..

Bukan nak cat umah saya yer..umah parent I utk external painting jer..siapalah agaknya nanti yg akan melakukan kerahan tenaga..hihi..aku org pompuan so kejanya kena dok dapur lah kan..dedolu bolehlah kederat masih kuat..skrg..tenaga dah tak sekuat dulu..ader jer alasan kan..takper2 kita bagi jer..lelaki2 yg gagah perkasa tu menyelesaikan misi ye tak.

Apapon voucher pon dah selamat digunakan semalam..ngan beli 2 set dinner plate KFC & cheesy wedges (total damage smlm RM23++)..adoyai..gaji blum dapat..nafsu makan..Masya Allah..haha..beringatlah kita agar lebih berjimat cermat di bulan Ramadhan ni yer...hihi (ni peringatan buat diri sendiri jugaks)

Tuesday, July 24, 2012

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan ?

"PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"

Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya.

Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.

Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta. Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.

"Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?"

"Muzium? KL? Best ke yah?"

"Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?"

"Bila?" tanya saya teruja.

"Sabtu!" balas ayah saya.

Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami.

Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam.

Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.

"Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti," ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.

Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.

"Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?"

"Eh, mestilah," pendek sahaja jawapan saya.

"Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai." Bersemangat betul ayah mempelawa saya.

Saya mengangguk tanda setuju.

Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang 'Pakcik Jaga' (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti).

Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; "Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA," bisik saya dalam hati.

Saya lihat ayah tersenyum.

"Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini," ulas ayah pada saya.

Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.

"Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?"

Ayah saya tersenyum bangga!

Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya. Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai "Harvard University of Malaysia".

Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan? Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.

Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya.

Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.

"Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)"

Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya.

Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai. Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di "Harvard University Malaysia".

Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya. Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.

Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain. Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.

Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan 'double promotion'. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia. Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.

Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti.

Hari ini sesi pertama saya sebagai 'program leader' menerajui 'outbound reach out program' antara UM dan LJMU.

Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu.

Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini. Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.

"First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness."

Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.

Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam. Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.

Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.

Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,

dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."


Sumber: iluvislam

(Penulis, Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya di http://www.facebook.com/mohdnazali.)

Note : Nangis aku baca kisah ni..Kuasa tuhan ye tak.Suatu ketika dahulu aku pon diuji dan masih terus diuji namun bila aku duduk berfikir seorang diri ye Allah nak hadiahkan aku dengan pelangi selepas hujan berhenti..Syukran Ya Allah sesungguhnya hebat sungguh perancanganmu..Kita hanya mampu merancang, namun tuhan yang lebih mengetahui..Amin..

Monday, July 23, 2012

Winning Entry : HER WORLD BEAUTY AWARDS ONLINE VOTING / GINVERA

Selamat berpuasa,tak taulah raser cam takder benda jer nak citer kat sini..tapi dah alang2 masuk ni nak abadikan utk kenangan ari tua..aku nak abadikanlah jugak kenangan menang "online voting" contest..sejujurnya tak ingat pon masuk biler..belasah..janji rezeki Alhamdullilah sangat.Tadi dapat notification from email.Raser nak join contest pon dah suam2 kuku jer..ntahlah..vitamin 'M'lebih menguasai diri.Borang2 contest ader jer, POP pon ader..idea tak mari2..tolong2..kalau nak menang kenalah rajin2 kan..hmm..tgklah nanti camner.


HER WORLD BEAUTY AWARDS ONLINE VOTING / GINVERA

CONGRATULATIONS! You have been selected as the Winner for the above-mentioned. You have won yourself GINVERA GREEN TEA PRODUCTS worth RM100. Please present this letter with a copy of I/C at the address below for collection:

Blu Inc Media Sdn Bhd
Lot 7 Jalan Bersatu 13/4 Section 13,
46200 Petaling Jaya.

Collection time : 10.00am – 12.00pm (or) 3.00pm – 5.00pm

Collection day : Monday to Friday
Collection period : 27th July 2012 – 31st August 2012

TQVM Blu Inc Media..

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdullilah..mudahan2 dapat kita menunaikan ibadah di bulan ramadhan 1433H kali ini.Berdoa diberikan kesihatan yg baik agar memudahkan segala urusan di bulan yg penuh keberkatan ini..Insya Allah..



Salam Ramadhan untuk para sahabat muslimin dan muslimat...

Monday, July 16, 2012

Review animasi Brave

* Last 2 weeks kitaorg g tgk citer ni..besh..hasrat ati nak tgk Madagascar tapi tak kesampaian tiket dah sold out..kitaorg g kat Cineplex The Curve..

* Mahal btulkan tiket2 wayang sekarang ni..adult RM11 & children RM7

Untuk makluman klasifikasi filem animasi ni is PG13 (hmm ader unsur2 ganas sket hihi)

PG-13 — Parents Strongly Cautioned. Some Material May Be Inappropriate For Children Under 13.

Friday, July 13, 2012

Smile




Have a good weekend,everyone !

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday - Sama tapi tak serupa

@Genting Highland

@I-city

Marie Claire : July promos


Yang jauh meh datang dekat2
Yang dekat kita rapat2kan ecewah

Meh lah join this month promonya perfume hihi..

Just click here (already corrected the link)

Have fun and good luck!

Tuesday, July 10, 2012

Life must goes on

Now days I find quite difficult to update blog..even though I have something to share here (maaflah if my English is bad yer kui kui)..Raser few days ni my life is completely lost (ader incident yg happen buatkan i terus ilang semangat)..Baru jer arini..i'm picking up myself..life getting better n go to normal pace...

Dengan tak sihatnya..uhuk..uhuk..Alhamdullilah..i'm feeling ok now..
Satu jer yg i perasan if you berada di pihak yg benar just stand still and aim for your goal..
Walaupon ca ya nun alif ni so many yg sangat "KIASU"..tapi bila u berani berdepan dgn diaorg..Insya Allah everything will be ok.

Dorang ni suka sangat underestimate kebolehan kita,but in other ways kita still survive and get the best..
Dari last week lagi, resah gelisah tu bermain di kotak minda..
Smoothly my confident level rise..(macam sunshine plak raser hihi)

Ditambah plak dengan sakit gigi, buat kepala lagi bertambah benggang
Hmm asik raser cam nak marah jer dengan semua orang haha..
Nasib baik dapat Mr.Hubby yg memahami..alhamdullilah..
Mrs wifey is having a bad and rough day last week..

Biarlah apa orang nak cakap yer tak..janji u berada di pihak yg benar
Clear water never thinks no boya kan..
Let's move on...life must goes on..
Que sera sera..what ever will be will be..

Adious....

“Don't cry because it's over, smile because it happened.”
― Dr. Seuss

Friday, July 6, 2012

Test jer ni.... poyos

Hm tgh on the way balik ni, tapi gedik nak try berblog pakai BB gediklah sangat haha.

Punyalah payah nak taip sesatu kan hiks hiks.

Tak tau pon leh update pakai handphone, outdated sangat plak aku raser.

Takper pelan-pelan explore yer tak.

Kat sini tak taulah apa font digunakan, malash nak godek lelebih.

Besok kan weekend so apa plan yer? Kitaorg kena g attend wedding hubby nya cousin punya anak.

Punyalah panjang plak aku elaborate pertalian tu kan.hihi

Ok gak update pakai BB ni tapi tak puas nak ketak ketuk macam cik keyboard tu kan.

Aku tgh berbuka dgn sekotak milo sbb lom sampai umah lagi.

Oklah happy weekend to all.

Thursday, July 5, 2012

Parenthots - Let's go to the Seaside Contest


Cam dah jadi blog contest plak dah...asik sharing info contest yer tak? hihi

Takperlah kan sharing is caring...suka tak byk contest info?

Bz sokmo..nak update pon tak menyempat..

Cut the crap and let's join here

Contest period: June 28 - July 15

Wednesday, July 4, 2012

Monday, July 2, 2012

Promotion : Drypers Wee Wee Dry @ Tesco



New Drypers Wee Wee DRY with 4 Botanical Extracts (Aloe Vera, Chamomile, Olive Extracts and Vitamin E) helps to moisturize and rejuvenate baby’s skin, keeping baby’s skin clean, healthy and comfortable.

New Flexi-Tape™ is easy –to-fasten and allow multiple refastening.

Drypers Wee Wee Dry comes with fun, stylish & fashionable backsheet design.

Drypers Wee Wee DRY size L is available in packs of 3, 12, 24, 44 and 68.

Harga promosi semalam kat TESCO aderlah RM31.89 (okay jugaklah murah ni)

Note : Pasal drypers ni, aku suka konsep yg baru ni - Flexi-Tape (byk dah pampers yg ader flexi tape ni..besh)