Monday, October 5, 2009

Resepi kek coklat moist - credit to Ila


heeheh nak story sket ari sabtu bersamaan dgn 3/10/09, aku tergedik2 nak wat kek sendiri kengkonon nak wat suprise kat Mr. hubby sempena besdaynya yg ke-33 hihi..Seronoknya sbb berjaya jugak wat kek coklat moist utk Mr. hubby and he love it so much..cayunk..Mr. hubby..Ni first attempt buat kek coklat sendiri tak pernah wat lagik..alhamdulillah berjaya gaks n mendapat perhatian ramai hihi..malu plaks..credit utk Puan Ila di Penang.

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan2 :

Bahan A

1) 1 cawan serbuk koko
2) 1 cawan minyak masak
3) 1 cawan susu ideal
4) ½ cawan susu pekat
5) 1 cawan gula pasir

Bahan B

3 biji telur yg dipukul sampai kembang

Bahan C

1) 1 ¼ cawan tepung gandum
2) 1 sudu kecil soda bikarbonat
3) 1 sudu kecil baking powder

Bahan D

1 penutup esen vanila

Bahan Topping

1) 3 @ 4 sudu besar serbuk koko
2) ½ cawan susu pekat
3) 3 @ 4 sudu minyak masak

(Note : bahan topping boleh dimasak secara double boiler @ masak di atas api yg kecil)

Cara2 membuatnya :

Masukkan semua bahan A dalam periuk , masak dgn api yang kecil sehingga gula cair.Biarkan sejuk seketika.Pukul telur sehingga kembang.Masukkan sebatian koko ke dalam bekas yg berisi telur tadi.
Ayakkan bahan C, masukkan bahan C yg telah diayak tadi ke dalam bekas yg berisi sebatian kok dan telur tadi, jgn lupa esen vanila.Kacau rata semuanya.Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180ÂșC.

No comments:

Post a Comment