Tuesday, March 29, 2011

Me & Hafiz (AF7)



During lunch met with Hafiz (AF7)at Giant,Kinrara.He is busy searching for his home appliances due to move to his new house nearer Astro. Quite friendly and approchable person.cute doww

Friday, March 4, 2011

Happy 5th Wedding Anniversary

Semalam adalah Anniversary perkahwinan aku yg ke-5. Happy Anniversary yg kelima Dear. First time date kat KLCC, ada org tu ajak ke Muzium Negara g tgk umah hantu (ader ke first time date ajak g Muzium Negara) spjg aku berkawan ngan Mr. Hubby mmg asik g benda yg ada “Negara” ni.Lawak tul kalau ingat balik. Pastu mkn coklat bitter sweet kat KL Sentral..eh lupa plak nak ckp kitaorg mkn ice-cream oren kat Muzium Negara comelkan..Next step Mr. Hubby terus beli cincin tunang (alah yg ada satu diamond tulah) pastu baru beli cincin belah rotan (terbalik plak kan). Dinikahkan dengan org tercinta pada pukul 3 petang bersamaan dengan 3 Mac 2006 (Jumaat) (Mr.Hubby slalulah confuse taun ni..geram tau) di Masjid kg. Kerinchi (lupa plak nama masjid kat borang nikah ade kot). Kami bersanding di Beranang,S’gor dan di Dewan Wisma Sejarah (Mr. Hubby ni mmg suka psl bab negara n sejarah ni kot).Pastu tu plak syok g hanimoon kat Langkawi mcm org Nomad (giler kelakar duk 4 ari 3 mlm tukar hotel sampai 3 kali- dasat tul). Hidup berdua mmg cam roda ada turun naik n pasang surutnya. Slps pelbagai dugaan akhirnya slps 2 tahun menunggu berita gembira menyapa. Sufi Rayyan permata hati kami yg pertama hadir memberi jiwa.Tuhan itu Maha Penyayang diberikan pula pengikat kasih kedua yang membawa maksud ketua, pemimpin yang kaya – lahirlah Sufi Rayees. Terasa lengkap sungguh diri ini menjadi seorang isteri dan dilengkapi dengan dua org bodyguard yang comel2. Terima Kasih Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat yg telah engkau berikan..Alhamdulillah. Duhai kekasih hatiku terima kasih kerana merima aku seadanya. Mengharungi segalanya bersama. Semoga tuhan kuatkan ikatan jodoh kita berdua sehingga ke hujung nyawa..Amin..