Salam..juz nak share cara nak jual umah apartment...juz nak kongsi kot2 ler ader nak tau camner proses penjualan umah kan...lagi satu mudah untuk rujukan aku sendiri di masa depan.
Umah aku yg skrg ni umah apartment yg berkeluasan 830 sq (huhu kecik jer..itu je mampoo masa tu kan)
Aku raser better bagi dalam bentuk point kan senang sket nak citer...
1) Our apartment 5 years back kitaorg beli dengan harga RM105K (second hand house - but really in good condition)
2) Umah dah renovate,ader built-in cabinet (ke walk in wardrobe) plus fully furnished
furniture (ni yg kitaorg tinggalkanlah - most of it still in good condition).
3) Area Cheras (still alamat KL walaupon berada di daerah hulu langat)
4) Cari agent yg reliable - untuk info agent aku ni dia ambik 3% dari 10% (so kita juz akan dapat 7%)
5) Actually kalau nak jual sendiri kat mudah.my pon boleh cuma kena handle sendiri from A to Z lah
6) Agent akan pasang banner untuk penjualan umah (tempoh masa sehingga umah terjual - in my case umah terjual within 1 week - alhamdulillah)
7) Potential buyer akan dtg dengan agent utk recce umah
8) So biler potential buyer agreed, they will discuss with agent (nego the price - dlm case umah aku ,buyer nego sehingga dpt RM203K..alhamdulillah lepas nak bayar kat bank n ader untung..syukur)
9) Bila buyer dah sign S&P (they need to pay the balance of 7%)
10) Lawyer akan call current owner (Mr.Hubby) untuk sign S&P (ni kena bayar RM1040 - mungkin utk process documentation kot)
11) Current owner akan dapat 7%, another 90% proses disbursement(sila google eh hehe) akan dibayar oleh pihak bank mengambil masa 3 bulan dari tarikh sign S&P.
12) Berakhirnya 3 bulan, owner lama kenalah angkat kaki...bubyeeeeeee..
Note : Sekiranya dalam tempoh 3 bulan belom dpt duit dari bank, rumah tu bolehlah disewakan melalui perbincangan dengan owner baru.
Nota kaki : Saper cakap tak sedih nak jual umah ni, tapi keputusan telah pon diambil dan kitaorg pon nak move to another phase yg baru.Inshaa Allah.Umah ni byk meninggalkan memori manis,suka duka keluarga kecik kami..daripada aku belum bersalin (masa tu aku pregnant 4 bulan) sehingga dapat anak dua...huhu..sedihlah...mau tak sedih..5 taun kot..moga2 ader silver lining pasni yer..Amin
No comments:
Post a Comment