Showing posts with label Inalillah Wa Inalillahirajiun. Show all posts
Showing posts with label Inalillah Wa Inalillahirajiun. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Kembali kepada Pencipta-NYA

Bila sudah sampai masanya siapalah kita untuk menidakkan kuasa tuhan,dari menyeksakan arwah,ahli keluarga terpaksa redha dengan takdir ini.Semua akan kembali kepada pencipta-Nya, cuma masa,bila dan di mana dan cara kita pergi tidak dapat kita ketahui.Ini peringatan kepada diri sendiri sayangilah orang yang rapat dan terdekat dengan kita.Kerana kita tak tau sama ada esok atau lusa dia akan bersama kita lagi dengan kita ataupon tidak.

Buat atuk Mr.Hubby, Innalillahi wainailaihi rajiun dan Al-Fatihah.Semoga atuk ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.Ya Allah sedihnya raser walaupon itu atuk Mr.hubby tapi still terasa kesedihannya kan.Last Sunday kami dikejutkan dengan panggilan dr sepupu Mr.hubby yg inform atuk dah takder lagi at 4:20am.Sebelom tu atuk mmg dah dimasukkan ke hospital Sg Buloh kerana accident.Mmg sudah sampai masanya, semua ahli keluarga terpaksa redho.Damailah atuk di sana...amin.

Atuk Mr.Hubby seorang yg suka tersenyum,kali terakhir aku berjumpa atuk aderlah beberapa minggu lepas.Atuk nampak masih sihat,cuma biasalah orang tua kan aderlah sedikit keuzuran.Atuk pergi meninggalkan kami semua dalam umor 84 tahun.Alhamdullilah dapat juga aku mengenali atuk.Teringat2 aku, sewaktu majlis persandingan kami di rumah pihak lelaki atuklah orang yang membacakan doa di majlis perkahwinan kami.Terima Kasih banyak atuk.

Note: Dalam beberapa minggu byk btul perkara yg berlaku ader sedih, ader jugak berita gembira.Ya Allah kau lindungilah ahli keluarga kami daripada malapetaka bencana.Amin..



Tuesday, March 9, 2010

Panggilan dari Ilahi..menjemput hambanya pulang

Hari ini bersamaan dengan hari Selasa (9/3/10) adik kepada abah ku telah selamat kembali ke Rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Aku tau abah ku tidak dapat menerima kenyataan ini. Adik kesayangannya telah kembali ke rahmatullah. Aku juga kurang pasti apakah penyebab kematian “pakcik Main” kerana mama ku terlalu sedih utk berkata2. Dari cerita adik, aku hanya tau pakcik Main telah terjatuh..Jatuh apa aku pon kurang pasti. Aku benar2 rasa terkilan kerana tak dpt menziarahi jenazah…kerana cuti ku langsung takda. Kasihan adikku terpaksa pulang membawa kedua ibu bapa ku ke kampong..di kala isterinya dalam keadaan sarat begini. Aku mendoakan agar perjalanan pergi dan pulang mereka dalam keadaan yg selamat. Semoga segalanya berjalan lancer..

Al-fatihah buat Pakcikku…semoga ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh…Insya Allah..Amin..