Friday, February 8, 2013

Ibadah Umrah (Missed my parent)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi..mama dan abah kami yg tercinta diberikan rezeki untuk melaksanakan ibadah umrah.Moga2 nanti ader rezeki pulak buat kami anak dan menantu untuk pergi berkunjung dan beribadah di rumah Allah.Amin.

Cantik sungguh perancangan Allah,yg sudah tersurat rezeki parentku dapat diserapkan untuk kuota first flight ke Mekah.Alhamdulillah.Kalau tidak mmg tak dpt,mungkin hanya berpeluang sekitar bln june/july.

Aku dapat melihat keterujaan ibu dan bapa,membuat persiapan untuk menjadi tetamu Allah.Dalam hati selalu berdoa agar mama diberikan kesihatan yg baik masa nak melakukan ibadah umrah nanti especially "tawaf"and "Saie" almaklum a few weeks before dia mengadu sakit lutut dan memintaku mencari ubat yg dipercayai berkesan "FLEXISEQ" ntah kata mamaku org tv kata mujarab.Buat yg masih mencari ubat ni silalah pergi ke CARING PHARMACY yer dengan harga RM85 (rasernyalah tak ingat sgt).

Akhirnya setelah segala persiapan dilakukan, semalam bertarikh 7 Feb 2013 bersamaan hari Khamis mama dan abah kami hantar ke airport, diiringi ahli keluarga yg lain yg mana telah sedia menunggu di KLIA.Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kerana menghantar di KLIA.Mama ku nampak sgt terharu bila nampak ramai ahli keluarga yg bersusah payah menghantarnya ke airport.Abah yg terkenal dengan sifat coolnya,ku kira dia menyimpan raser terharunya,w'pon ku tahu dia rase bersyukur dan rase disayangi oleh ahli keluarga.Ini baru Umrah..In Shaa Allah jika mama dan abah diberikan rezeki melakukan ibadah haji..I think the crowd is merrier.Alhamdulillah.

Secara ringkas, mama dan abah akan tiba di Jeddah,seterusnya di bawa masuk menaiki bas ke Mekah.Yg uniknya disini, abah dah siap berihram di balai berlepas,sbb nak bermiqat di Qarnul Manazil nanti.Mengikut jadual mama dan abah akan berada di Mekah selama 9 hari (satu plus point sbb abah dpt 2 kali Jumaat di Mekah..syukur).yg selebihnya barulah berangkat ke Madinah..In Shaa Allah.

Untuk rekod aku :

CS Holidays - Pakej Umrah Ziarah (13H)
MAS Airline
Departure : 1130am (kena ada 3 hrs before) / 7 Feb 2013 / Thursday
Package : 2 person in 1 room (RM6100 per person)
Hotel : Mekah - Hotel Shohada / Madinah - Hotel Fayroz
Arrival : 0645am (estimation) / 19 Feb 2013 / Tuesday

Aku doakan mama dan abah tersayang, selamat dan sihat sejahtera dan dapat melakukan segala ibadah umrah dengan istiqamah.Amin

Update : Masih belom dpt panggilan dari mama dan abah since semalam.Sabarlah hati.Abg Sufie In Shaa Allah,1 week plus lagi nenek dan atok akan balik..sabar yer sayang.

Note: Ini sekadar catitan peribadi untuk kenangan di kemudian hari.

Tuesday, January 29, 2013

JEMPUTAN MELAWAT KE AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD

Copy & paste from email :

Salam sejahtera daripada Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Syarikat Ajinomoto telah wujud sejak lebih 50 tahun dalam industri makanan di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat bahan perasa makanan yang terkenal di Malaysia, Ajinomoto (Malaysia) Berhad sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada semua lapisan masyarakat pada setiap hari Isnin hingga Khamis (9.00pagi - 12.00tengahari atau 2.00petang - 4.50petang) dan Jumaat (9.00pagi - 12.00tengahari atau 2.00petang – 4.50 petang) bagi berkongsi pengalaman dengan warga awam.

2. Program-program semasa lawatan adalah seperti berikut:-

  • Penerangan Mengenai Syarikat dan Produk-produk
  • Lawatan 1909 Infoseum
  • Demonstrasi Masakan
  • Jamuan Ringan
3. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput pihak puan untuk melawat kilang kami. Tarikh dan waktu lawatan adalah bergantung kepada persetujuan antara pihak tuan/puan dan pihak kami. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi kami di talian 03-7980 6958, Jason Ho (samb 460) atau Norazmi Mohamad (samb 433) atau faks ke 03-7981 1731 atau layari laman web kami di www.ajinomoto.com.my.

Nota kaki : First time dpt invitation g melawat ke kilang ajinomoto.Tapi masa tidak mengizinkan.Kalau ader yg berminat,silalah terjah ke website ajinomoto k.Aku sekadar menyampaikan sahaja..hihi..mood nak berblog memang dah ke laut nih..alahaiii.

Friday, January 18, 2013

Tanda2 Rezeki Yang Berkat

amik from Google
Something to share di hari Jumaat yg penuh barakah.....


TENANG + BERSEDEKAH + HARMONI + SYUKUR = TANDA2 REZEKI YG BERKAT

Wednesday, January 16, 2013

Dilema membeli rumah IMPIAN

Adoiiii sukarnya nak membeli rumah zaman sekarang ni..

Nak beli umah PR1MA tak layak plak..

Nak beli umah setengah juta..lagilah tak layak hihi..berangan ala2 jutawan

Susah benarnya jadi org yg berada di dalam kelompok "LAYAK" & "TAK LAYAK" ni sebenarnya

Lebih2 lagi syarat nak beli umah skrg ni lebih ketat

Terlalu banyak terms & conditionnya (tu lom masuk hidden chargesnya lagi hiks)

Nak beli umah yg raser2 agak sepadan dengan nilai gaji sekarang pon mencungap jer nak mendapatkannya haha

Inilah hakikat walaupon sgt pahit untuk ditelan

Orang kata redah jerlah....janji it's landed property..

Orang kata cubalah dulu...mana tau dapat..

Orang kata nak beli umah...beli yg kita mampu..

Tu semua yg orang kata...yg stress memikirkan dan poket yg rabak...AKU & Mr.HUBBY..hihi

Semua masih dalam "OBSERVATION"...

Pastu barulah buat "EVALUATION" ..

Peluang itu ader...tapi aku sendiri kurang pasti...dan masih lagi menunggu keputusannya

Adoiii debornya hati ini...mengalahkan debaran masa nak kahwin..hikss

Haiiiilah rumah naper kamoo makin mahal

Sian kat kami yg duduk di "TENGAH 2" ni..

Takperlah kan jikalau itu rezeki kami, kami terima dengan penuh rase kesyukuran dan kalau itu bukan rezeki kami,aku tahu Allah telah "RANCANG" sebaiknya perjalanan hidup kami.Amin.






Wednesday, January 9, 2013

Resepi Potato Salad versi express

Salam, hmm dah lama aku tak letak resepi yg senang,xpress & yg paling penting In Shaa Allah sedap hihi picit lif naik sendiri.Ni tak koya2 mmg diakui sedap especially oleh Mr.Hubby sendiri sbb i tau Mr.Hubby agak cerewet bab2 raser.Untuk gambar siang2 lagi nak say sorry, aku takleh nak upload picture sbbnya sobsss camera kat handphone aku cannot function lagi sedihnya.Untuk yg nak melihat gambar silalah click "En.Google" yerrr.Ok sebenarnya takderlah byk kali aku buat pon baru dua kali pon,but this 2nd time dalam big portion and aku served baru2 masa BBQ party kat umah in laws @ Rawang.Best sgt biler dapat makan2 & berkumpul ramai2 yelah memasing sibuk dengan komitmen kan.Ok we go back to the simplest recipe ever...seriesly tak tipooo.

Bahan2 yg diperlukan :
US potato / kentang biasa pon leh jugak tapi kentang US ni raser dia manis lemak2 haha ngader.
(kuantiti it's up to u - aritu aku amik 7 biji yg bersaiz sederhana besar)
Mayones lebih kurang satu cawan / atau agak2lah takder law pon hantam sajerlah labu
Black pepper (yg ditumbuk kasar) tapi aku beli yg dah siap
Garam (ni optional aku tak bubuh pon)
Taragon leaves (ini optional gak aku tak bubuh pon)

Cara membuatnya :
Rebuskan kentang2 tersebut sehingga empuk (nak tau empuk rasa ngan garfu ok), 
*Petua mengekalkan kemanisan kentang direbus bersama kulit yer.
Setelah kentang empuk kopekkan kulit kentang menggunakan pisau atau sudu (aku guna sudu cpt siap),
potongkan dadu sederhana besar example satu biji boleh potong up to 14 bahagian atau 16 bahagian, but this again no law suka ati nak potong besar boleh,nak potong kecik2 pon boleh.Gaulkan kentang bersama mayones dan taburkan lada hitam kasar digaul rata dan boleh dihidang.Hmm senangkan sesuai jugak utk potluck atau BBQ party.


Friday, January 4, 2013

Minggu yg Exhausted

Adoiiiiiiiiiiiii...tetiba plak badan ni rasa sakit sana, sakit sini tak cukup rehat.

Hingus dah leleh...adoilah sadisnya my life this week.

Sangat penat,sangat letih..segala2nyalah

Permulaan tahun baru yg sangat exhausted bagi aku..but everything goes well and smooth...walauponnnn.

Anak g sekolah (tadika je pon..tu pon nak kecoh ker)...eh byk kot nak iron baju hikss.

Well byk kot preparation biler anak nak g school ni...ai is tak cukup rehat..bukan mengeluh eh..sekadar luahan raser seorang ibu yg bekerja...ni type sambil lap air hingus yg meleleh...eiyaarkk sori eh.

Takperlah kan lama2 nanti alah bisa tegal biasalah..soon I'll get over it...hopefully..

Ya Allah kau berikanlah aku kesihatan supaya dapat aku menjaga keluargaku.Amin.

Siyusly biler badan dah mula raser sakit2 ni, semua raser tak kena, mood ke laut...very the bad mood

Mesti ader yg cakap ala anak baru dua orang pon banyaknya songeh, penat sangat ker?

Penat weh..toksah cakaplah tak penat...rasernya bila kat opis tu ader gak istilah rehat..balik umah aderlah istilah kerja sebenar hihi..so that's why aku sgt salute ngan housewife.Banyak giler kot kijer umah nak disetelkan.phewwww...peluh tiak nak explain hah.

Oklah citer pasal anak g skolah tadika plak....hehe terlambat sudah on the first day (already an history)...put the blame on me..my bad.

Today already 3rd day of orientations, so there is minggu suai kenal lah kan..pix semua ader di kamera siyus malas nak transfer sini.Nak citer gak my hp (sgt lama tu berbakti sudah 4 tahun lorr) sudah buat hal huwaaaa..sgt sedih..so no pix on their first day in my phone sedihnya.sbbnya shutter camera problem..sajer jerkan nak suh aku kuar duit...pity me sobs...
ati sangat kepingin ngan miss Samsung Galaxy Note II yg sangat sexy itu haha..tapi apakan daya lebih byk keutamaan yg perlu didahulukan...sobsss..

Disebabkan they already here at Day Care for one months, so it seems nampak cam ok jer..takderlah adegan drama atau tangisan.Yg aku n Mr.Hubby geram tu drama kat umah lah di waktu pagi yg hening..dipecahkan dengan tangisan anak2 ku yg tidak mahu mandi...adoiii stress giler I tell u.

Overall nmpk cam ok..(positive2), today already starts READING (oitt camner boleh terus reading yer coz anak2 ku abc pon lom lepas lagik ai is pelik ok)..ke mmg cenggitu modul pembelajarannya oh my..ku doakan anak2 ku mudahlah menerima pelajaran.Amin.

Berita positif yg diterima dari principal semalam yg my elder son Sufi Rayyan, able to wear clothes on his owns..congrats to him..a big clap...ummi so proud of u dear.sbb biler kat umah jgn haraplah he wants to wear clothes on his own.Bila dengan kawan2 nampak sgt dia sudah berdikari Alhamdulillah.Abg sudah big boy.

Note : This week nak g berjimba2 lah g BBQ party sebelah in laws.

Note lagi : Tangan kanan ummi sampai dah kuar urat2 ijau..sudah mau jadik hulk lady nih..sakit ni..agaknya byk wat keja kot.Dugaan sunggohlah.

 





Monday, December 31, 2012

My BEST WISHES for 2013

Arini ari terakhir dalam bulan Disember tahun 2012 kan.Semoga esok dan hari2 yang seterusnya dipenuhi dengan pengalaman2 manis lagi best.Aku takder pon nak letak target next year kena dapat apa?Just go with flow, kalau tak dapat tu maybe bkn rezeki kita lagi,so just move on.Tapi biasalah manusia ni mesti ader jer impian yg diingini samalah cam aku jugaks.Semoga esok aderlah lembaran baru dan permulaan yg baik2 jer buat aku sekeluarga.
Hmm apa wishes aku untuk next year yer?

1) Nak naik gaji / nak naik pangkat ...woot..woot dah keja penat setahun kan mestilah nak ganjaran haha dimataku ader $$$$$$.

2) Nak bagi sedikit duit utk perbelanjaan untuk kedua ibu bapaku menunaikan ibadah umrah / haji
(Malu nak citer tapi azam aku kalau ader lebih,mmg lah nak kasi lebihkan.Ya Allah Ya Tuhanku semoga kau perkenankan doaku.Amin)

3) Nak beli handbag Charles & Keith (eh eh ni pon nak citer ker...berangan tak salah noks..sambil kira duit dalam tabung Gajah..hihi)

4) Nak g melancong ke Bali (ni perancangan jer...tak taulah tetiba takder rezeki plak kan..tapi teringin tuh hihi)

5) Nak konsisten menabung untuk hari tua dan untuk kegunaan masa terdesak erkkk (takperlah RM10 pon menyimpan gaks kan..T_T)

6) Nak simpan duit tok umah baru T_T, poyos lebih...takper dreaming is free.Weh kalau dapat umah baru KC yg sangat cantik aderlah sangat perlu yer..almaklum raser malas lebih byk menguasai diri..so KC kena cantik untuk aku melepek di dapur..eh bkn nak masak ke hihi...nnt ader free2 nak berangan pastu upload design KC yg aku suker.

7) Nak menang contest yg lagi best cam DUIT KE , KETER KE, RUMAH ker...eh baper kali nak ckp berangan itu free.Mana tau rezeki ye dak.Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yg tau ye tak?

8) Nak Samsung Galaxy Note 2...sexy bebeh..pehh mamposs kena jeling ngan Mr.Hubby ni nanti.Senang nak menjemah nanti uols haha dan pixnya aderlah superb..

9) Nak baby gegurl...comelnya..(hmm ni cam kena KIV jer dulu..sbb blom dpt kebenaran ketua rumahtangga...sabar yer ati)

10) Nak mendidik hati dan mendorong diri sendiri supaya lebih suka segala benda ke arah kebaikan,kurangkan sedikit aspek hiburan (ni azam jgnlah koyo2 yer).Moga2 arini ,esok dan hari yg seterusnya aku boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik untuk diri sendiri,suami,anak-anak,keluarga dan agamaku juga.In Shaa Allah.Yg baik itu datang dari Allah,yg buruk itu dtg dari diri aku sendiri.Mudah-mudahan yg elok saja untuk kita semua.


Note : Looking forward for my both children nak g Kindy ngan Playschool this Wednesday, deborrrr Ummi dorang nih....Doakan yg baik2 jelah.Amin.