Thursday, April 15, 2010

Resepi Terung Bercili (credit to Mr.Google)


Resepi Terung Bercili

Bahan2 :
2 biji terung (digoreng separuh masak)
2 sudu udang kering (yg direndam/ditoskan)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecik
sedikit belacan
3 biji tomato (optional)
2-3 sudu cili giling
Garam & gula

Cara membuatnya :

Tumbukkan semua bahan2 di atas (kecuali terung dan tomato.Tumiskan di dalam minyak yg panas hingga sedikit garing dan naik bau.Masukkan cili giling, masakkan sehingga pecah minyak.Perasakan dgn sedikit garam dan gula, dikacau rata.Masukkan terung yg telah digoreng separuh masak,kacau rata dan akhir sekali masukkan tomato bg yg suka.

Baby Faira


Hmm nak citer sket ni baby Faira, anak buah aku yg pertama...Gegurl plak tu dalam family kami...Sedikit info :

Nama : Farzana Nur Zhufairah Binti Zulkipli
D.O.B : 04 April 2010 (alahai terlepas 2 hari busday nenek..kalu tak leh selebrate sama)
P.O.B : Hospital Serdang,Selangor
Berat masa lahir : 3.45kg (huish leh tahan semangat ni..terer giler adik ipar aku push hihi)
Blood type : O (same ngan Sufi..Sufi sayang ngan adik Faira)

Wednesday, April 7, 2010

Busday my mama - 02/04/10






Hmmm kami berenam meraikan Hari Lahir Mama yg ker 55 di restoran Ayam Penyet,Wong Solo Kampung Baru yg berdekatan dgn masjid Kg. Baru..Makanan bole tahan..kami order set ayam penyet untuk 6 org makan bersama dgn lauk udang goreng tepung dan brocoli goreng.So total dalam RM130 aku rasa oklah tu reasonable..Ada jugak Marble Cheese Cake from SR yg sedap, tis is my mum all time fav cake..hihi..

Nota untuk mama : Semoga mama dipanjangkan usia,dilimpahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik dari Yg Esa, bahagia dikelilingi abah,anak2,menantu2 dan cucu yg semakin bertambah hihi...We all love u mama...

Resepi agar2 Oreo - cilok dari internet (Afne PCM)

Agar2 Oreo

bahan2
sepeket agar2
4 cawan air (saiz mug)
1/2 tin susu IDEAL
15 sudu milo (blh kurgkan @ tambah ikut suka)
10 sudu gula (blh kurgkan @ tambah ikut suka)
10 keping biskut oreo yg dibuang krim kat tetengah tu & hancurkan tp jgn terlalu lumat (blh kurgkan @ tambah ikut suka)

cara2
1) masak agar2 dgn air hingga hancur.
2) masukkan gula + susu. gaul sebati.
3) masukkan milo. gaul hingga betul2 sebati.
4) masuk dlm bekas. biarkan seketika dlm 7-10 mnt. taburkan biskut oreo. biarkan agar2 oreo keras & masukkan dlm peti ais.

dah siap... sedap dimkn sejuk2

Cekodok dimakan bersama sambal sardin sempoi

Semalam tah apa mimpi pon tak tau tetiba dtg roh rajin nak masak hihi..So buatlah cekodok n sambal sardin..Kata Mr.Hubby rindunya nak makan air tangan ummi..Hihi sian suamiku, tapi apa nak nak buat masa sgt mencemburui..Resepi sempoi n sedap kui kui..

Resepi cekodok udang geragau
Bahan2 :
Udang geragau (yg halus tuh)
Tepung gandum ikut suka (dalam 2-3 cawan)
Bawang besar hiris nipis
Telur sebiji
Air sejuk dan sedikit air panas
Garam

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan di atas kacau rata , masakkan di dalam kuali yg telah dipanaskan minyaknya.


Resepi sardine sempoi

Bahan :
1 tin sardine kecik cap ayam
2 ulas bawang putih & 2 ulas bawang kecik (dihiris nipis)
Sedikit perahan air asam jawa
Satu sudu cili giling
Garam & gula
Sedikit air

Cara membuatnya :
Tumiskan bawang putih & bawang kecik sampai naik bau.Masukkan cili giling dan masak sampai pecah minyak, masukkan air asam jawa, kalau tak cukup tambah air lagi.Dah didih baru masukkan ikan sardin dan sosnya.Akhir sekali perasakan dgn sedikit garam dan gula. Fuh terangkat…ceh perasan..takperlah janji Mr. Hubby suka hihi..

Tuesday, April 6, 2010

Adik baby at 22 weeks plus..

Menurut ticker, adik baby skrg telah pon 22 weeks and 6 days...


Dari minggu ke-20 hingga ke-24
Aktiviti bayi anda akan bertambah perlahan-lahan dari minggu ke minggu. Pada minggu ke-20, dan selama 10 minggu berikutnya, bayi anda akan melalui perkembangan yang amat giat di mana ia akan banyak menendang dan berpusing-pusing.

Nota Ummi : Hmm adik baby suka menendang2, tgk kat internet mcm miniature size baby hihi..Hmm ummi n walid nak g detail scan utk tgk keadaan adik baby inside ummi's womb...ummi doakan agar semua berjalan lancar...Walid pon raser he already can feel your kicking..walid ckp lagi cpt raser dari abg Sufi dulu..mebi becoz learn from 1st experience..Kengkadang ummi perasan waktu duduk2 dpn pc in the morning adik baby akan berpusing,sometimes after lunch time, atau petang waktu tgh lapar tu..other than tat waktu midnite..tgh baring2 rasa cam adik baby tgh melompat2 dlm perut ummi hihi..kengkadang terasa mcm keras perut ummi...ada 4 mons plus to go Insya Allah..