Friday, April 2, 2010

Vacation -Jakarta-Bandung-Jakarta

Peluang untuk melancong ke Indonesia seperti pucuk dicita ulam mendatang.Kami pergi ke Jakarta-Bandung-Jakarta bermula dari 14/03/10 hingga 18/03/10. Ini experience aku yg mungkin aku takkan pergi lagi ke sana kot…mebi tis is the first and the last becoz aku & anakku menderita kena cirit-birit yg teruk..Hanya tuhan tahu keadaan kami yg amat tak berdaya..dan tak lalu makan..anakku lagi kasihan kerana tak lalu minum susu,cirit-birit,muntah and tak larat..sedih sungguh aku melihat dia.Alhamdulillah skrg dah lalu makan,dan ceria kembali…Tapi apa2 pon tima kasih bebanyak kepada Pok Yie & Kak Shima yg sudi menaja percutian kami ke Jakarta & Bandung.Kalau nak pergi sendiri lambat lagilah kot..Kami bwk duit Rupiah 4 juta (ceh kat sana jadik org kaya plak bwk duit juta2)..Dasat tak?Actually aku & mr. hubby bukanlah kaki shopping so bagi kami mebi tis is not our place to spent for leisure.Bandung adalah seperti dikata “Syurga membeli-belah”.Tapi dlm tak suka tuh abis gak duit aku bersopping hihi..

Itinerary Jakarta-Bandung-Jakarta
Day 1 -14/03/10
Kami bertolak dari KLIA dengan menaiki KLM airlines lebih kurang pukul 4.30 ptg waktu Malaysia dan sampai di airport Soekarno-Hatta, Jakarta jam 7 (plus minuslah tak berapa ingat).Buat infor bagi yg tak tau, Indonesia punya masa adalah late one hour dari Malaysia (aku asik konpius masa jer especially time nak sembahyang) lawak tul.Besar gak airport kat Jakarta ni.Kat sana kalau nak cari supir @ driver cari yg berdaftar yer ex: bluebird demi keselamatan & tak kena tipu.Dah dpt MPV Isuzu kami mencari tmpt mengisi perut yg sudah berbunyi.Di Jakarta busy tak ingat..Jammed @ macet skali.Percaya atau tidak pemandunya sgt reckless tapi takder plak accident berlaku. Akhirnya tmpt dituju pon tiba selepas puas berpusing2 sbb supirnya ngak tau jln hihi. Kami sampai di Pondok Laguna, di sini famous dgn makanan seafood.Bagi aku oklah food dier. Kat sini pelik tak ader kuah2..kata makanan Sunda..ker kami yg tak pandai order.Malam pon dah larut kami bermalam di IBIS Hotel bukan Iblis yer hihi. Ok gak hotel ni walaupon cam sempit sket.Hotel IBIS berdekatan dgn Mangga Dua shopping kompleks.

Day 2 – 15/03/10
Bangun pagi ingatkan nak bersiap2 checkout pagi ni..rerupanya gi jenjalan dulu di Mangga Dua..Ingatkan jauh le sangat rerupa dekat jer dgn IBIS Hotel. Rasanya ader 7 lantai/aras di shopping kompleks ni kot..Ya Allah letih kami tawaf.Aku beli telekung Japanese cotton yg simple di sini kalau convert duit RM lebih kurang RM70 bolelah itu pon Kak Shima yg tolong tawarkan dpt plak beg telekung yg cantik.Aku rasa shopping kompleks ni cam Pertama Kompleks pon ader gak.Pastu kitaorg balik n bersiap nak check out..sempat lagi kami berposing di Lobby tanda kami pernah menginap di sini.Dalam 1:30 kami checkout dan Supir dari Bandung pula yg mengambil kami di hotel.Perjalanan ke Bandung mengambil masa 3 jam..letih gak.aku tido2 ayam.Apa yg bole aku describe ialah perbezaan suhu di Jakarta & Bandung.Jakarta panas dan macet boring aku..rumah kat sana besar tak hingat bagi yg kaya..org yg susah pon sng nak nampak especially bwh jambatan.Bersyukur sgt kita di bumi Malaysia ni.Di Bandung kita boleh tgk byk padi huma yg ditanam di lereng bukit mmg cantiklah pemandangan cam ala2 Cameron sbb kat sana sejuk cuaca lebih kurang 24ÂșC. Before sampai Bandung kami makan di R&R apatah..kami makan nasi Padang..ala yg ader mcm 2 lauk dlm pinggan2 tuh. Bagi aku sdp gak. Tapi bila minum Alpokat (avocado+coklat) adoyai tekak takleh nak terima pekat ya amat.Kami sampai di Hotel New SanyRosa nak dkt Maghrib..Hotel ni mmg superb n cantik walaupon hanya 2 stars jer tapi aku rasa cam 4 stars.Masuk kat lobby pon dah cantik,kawasannya sgt soothing sedap mata memandang ecewah.Bilik pon cosy. Kitaorg melepas lelah hanya seketika kemudian balik pergi shopping di Grandis..di sini Mr. Hubby beli t-shirt Burberry 2 helai..bolelah reasonable price.Kat sini mmg byk F.O.S. Faked atau tak aku tak tau nak bezakan..Pastu gi Donatelo gi beli kasut utk anak terunaku.Makan malam kami di Pizza Hut (mcmlah kat M’sia takder) tapi serius sup n pizza die rasa lagi sedap..Anakku makan mushroom sup dgn berselera skali.Balik hotel kami pon boom kepenatan.

Day 3 – 16/03/10
Tangkuban Perahu – Kawasan gunung berapi yg mengeluarkan sulfur berwarna kuning dan baunya Masya Allah busuk yg amat tak tahan aku.Tapi bagi aku tempat ini asli dgn keindahannya, Subhanallah sangat cantik pemandangan di sini.Dari hotel lebih kurang satu jam.Apa yg menarik sepanjang perjalanan ke atas bukit di kiri kanan jalan ada Kelinci@arnab untuk dibuat sate arnab dan kuda yg dihias cantik..mebi sbb kat sini byk pelancong kot..Apa yg aku tak tahan di Tangkuban Perahu kami diekori dgn begitu ramai penjual cenderamata & strawberry&blueberry (serius manis sbb diletak gula). Apa yg kelakar semasa proses tawar menawar berlaku rupanya penipuan juga sdg berlaku..Benda yg tak patut berlaku telah pon berlaku kami terima sebagai pengajaran..Apa yg aku salute kat org2 dari Gunung nih..diaorg sgt bersopan santun…nak menipu pon bersopan santun jugak..tersenyum aku sendiri melihat Mr.Hubby tak terkata bile ditipu mereka..Wat to do nasi sudah menjadi bubur.Suami & anakku smpt lagi berposing menaiki kuda..best nampaknya..Turun dari Tangkuban Perahu kami singgah makan tengah hari hihi pukul 3 di Sapu Lidi..Tgk kat internet cam cantik sgt jer mkn kat tepi sawah..Tapi indah kabar dari rupa jer hihi..Tempat solat pon campur lelaki dan perempuan..Kami makan lauk yg simple jer..jadilah isi perut..penatnya rasa badan…malamnya kami keluar lagi bershopping..kali ni byk tempat kami g antaranya Stamp, ape lagi tah terlupa plak aku…Yg kelakarnya rasa cam bershopping di negeri sendiri sbbnya depan,belakang kiri dan kanan jumpa byk org dari M’sia..lawakkan..Org penang ader,perak,Kedah dan sbgnya..rasa bagai berada ni negara sendiri.

Day 4 – 17/03/10
Agenda shopping secara besar2 bermula di Pasar Baru, Bandung…Ni sama jer rasernya cam kat Mangga Dua,Jakarta.Di sini kami pulun beli telekung, kain pasang & kain batik..Rasa cam berbaloi sbb berkualiti n murah kan. Di sini pon aku beg Channel 2nd imitation tapi cantik sgt aku rasa..bolelah kalau nak wat g dinner..Lepas makan..kami balik di hotel kepenatan..Sebab kami rasa tawaf 7 aras semata2 nak cari telekung yg worth buying..letihnya proses tawar menawar..Mr. Hubby pon penat mengekor ku..fenomena yg sama kutemui di sini..ramai sungguh warga m’sia yg membeli belah..yg kelakar aku plak bole disangka sebagai org Sunda..(yelah muka aku kan muka org Jawa hihi).Untuk anakku Sufi beberapa pasang shirts,khakis,jean & tracksuit tido telah dibeli di beberapa FOS yg aku tak ingat..Jadilah kan drpd takde..Ummi n walid 2 pasang baju sorang tapi oklah ummi dapat gak baju Mark & Spencer hihi..malam kami wat free & easy sbb tak larat nak shopping lagi..kaki pon dah letih..walaupon FOS nya adalah Rumah Mode yg paling grand skali compare to all FOS.Kami makan dinner KFC jer, sosnya sgt tak sedap…

Day 5 – 18/03/10
Hari terakhir kami di Bandung sebelum checkout,kami bershopping buat kali terakhir di Terminal Tas,Stamp & Blossom..Sempat jugak menyambar buat kali terakhir hihi..Kemudian kami ke Kartika Sari and Amanda untuk beli brownies yg famous tuh..sebenarnya aku sgt impress dengan building Kartika Sari ni..walaupon hanya menjual kek lapis & brownies tapi building sangat gah dan gorgeous.Aku tak larat nak beli bebyk sbb susah nak bwk naik flight..Adalah dlm lima pek brownies yg dibeli..Kek lapisnya mmg superb habis sedap giler itupon aku beli 3 keping jer..Kami balik semula ke hotel untuk check out…Actually apa yg membuat aku teringat dgn Bandung bukanlah FOSnya..tapi hotel dan layanan mesra yg sangat bersopan santun..Lagi satu diaorg mmg suka berfesyen..agaknya sbb dkt dgn FOS kot..Diaorg mmg putih & lawa..mebi sbb duduk di Gunungkan..sejuk jer..pencemaran kurang.Dalam perjalanan balik ke Jakarta smpt lagi kami singgah makan di kedai makan IbuAji yg sangat famous…tapi di sini makanan mmg superb especially ayam kampungnya..even sambal belacannya terangkat..mak mertua lalu pon tak perasan..aku tak sure whether sbb makan kat sini aku kena cirit-birit..entahlah..Kami sampai di Jakarta dlm pukul 5 ptg dan bergegas utk ke boarding area..akhirnya kami berada di dalam perut KLM airlines…perjlnan ke M’sia bermula..Makan dlm flight besh gak ada nasi beriyani,rojak & pudding..Bye..bye..Jakarta & Bandung…mebi tis is the first & last kami sefamily jejak kan kaki di sini..Syukurnya aku setelah kembali ke bumi M’sia..Nasi lemak,roti canai..teh tarik..here we go…

Tuesday, March 9, 2010

Panggilan dari Ilahi..menjemput hambanya pulang

Hari ini bersamaan dengan hari Selasa (9/3/10) adik kepada abah ku telah selamat kembali ke Rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Aku tau abah ku tidak dapat menerima kenyataan ini. Adik kesayangannya telah kembali ke rahmatullah. Aku juga kurang pasti apakah penyebab kematian “pakcik Main” kerana mama ku terlalu sedih utk berkata2. Dari cerita adik, aku hanya tau pakcik Main telah terjatuh..Jatuh apa aku pon kurang pasti. Aku benar2 rasa terkilan kerana tak dpt menziarahi jenazah…kerana cuti ku langsung takda. Kasihan adikku terpaksa pulang membawa kedua ibu bapa ku ke kampong..di kala isterinya dalam keadaan sarat begini. Aku mendoakan agar perjalanan pergi dan pulang mereka dalam keadaan yg selamat. Semoga segalanya berjalan lancer..

Al-fatihah buat Pakcikku…semoga ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh…Insya Allah..Amin..

Friday, February 12, 2010

Adik baby dengan penampilan sulungnya..

Yesterday at 15 weeks and 1 day refer to the ticker, our adik baby shows the first action on ummi's stomach. It just like a sidekick. Masa tu ummi tgh sembahyang maghrib, terasa ada benda keras kat perut ummi especially my left side.Rerupanya adik baby bagitau tat u are already on the way and starts showing yourself by keraskan badan at one side.Adui sakitnya ummi raser masa adik baby keraskan badan. Ummi cepat2 take the opportunity to show umminya tummy to walid.Terkezut walid, katanya uihh perut ummi sudah senget ke kiri hihi.Mmg nmpk terbonjol n keras.Walid pujuk adik baby sambil usap perut ummi.We all love you sayang..and waiting for your arrival.Ummi berdoa semoga semuanya selamat..Insya Allah..

Thursday, February 11, 2010

Scan adik baby at 13 weeks 5 days



Lama giler baru nak upload pic scan adik baby..Masa g checkup ni ummi gi klinik panel jer.Doktor cakap see look your baby is smiling to you and kicking in your womb but you cannot feel it.Hehe tak pernah pon tgk gambar scan masa 3 mons..Nanti leh wat detail scan utk tau condition baby..Ummi berdoa agar segalanya berjalan dgn lancar.

Wednesday, February 3, 2010

Puding nenas tragedi

PUDING NENAS

Citer di sebalik nak buat puding ni walaupon citer dah basi, gula yg sepatutnya menjadi karamel telah hangus kih kih sbb tak perasan.akhirnya karamel terpaksa diganti ngan cube nenas dalam tin..Nasibbbb baik jadik..

Bahan :
1 tin cube nenas dalam tin
1 bungkus serbuk agar2
4 cawan air
2 1/2 senduk gula
1 tin susu cair 400gm

Cara membuatnya :

Rendam agar dlm air sejuk lebih kurang 2 jam supaya cepat cair semasa dididihkan.Masukkan 4 cawan air dan didihkan kemudian masukkan agar2, kacau sampai cair.Setelah agar2 cair masukkan gula 2 1/2 senduk (kurangkan bagi yg tak suka manis).Kacau rata, lepas gula dah cair masukkan susu ideal atau F&N susu sejat, kacau sehingga mendidih.Akhir skali masukkan cube nenas atau boleh jugak disusun dalam loyang.Sejukkan semalaman di dalam peti ais.Boleh dihidangkan untuk pencuci mulut atau minum petang..Sedap ok..

Mee Goreng mama

Resepi Mee Goreng Mama very the simple (tapi aku yg masak hehe)

Bahan2 :
1 paket mee kuning
3 ulas bawang putih & 1 ulas bwg merah (yg ditumbuk kasar)
Sedikit udang sederhana besar & ayam sbg perencah
2 – 3 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis cap kicap udang secukup rasa
Garam & sedikit ajinomoto
Sedikit sawi dan taugeh

Cara2 membuat :
Tumiskan bawang putih dan bwg merah yg telah ditumbuk.Bila dah naik bau, masukkan 2-3 sudu cili giling, biar masak sedikit,masukkan udang dan ayam , sedikit garam & ajinomoto.Masak sampai pecah minyak masukkan sos tiram, kemudian masukkan mee dan kacau rata.Masukkan kicap untuk memberi rasa dan warna.Akhir sekali masukkan taugeh dan sayur sawi.Kacau rata dan bole dihidang dengan cili tabor dan bawang goreng.

Wednesday, January 20, 2010

Tangisan dibumi Palestin

Duhai hati, sebak sungguh hati ini di kala negara kita aman damai (tapi ader juga segelintir manusia yg berusaha memecah keamanan). Tapi di Gaza rakyat Palestin dibelenggu kemusnahan akibat dibedil oleh tentera Israel yg teramat kejam. Di sebalik semua yg berlaku kehidupan mereka masih diteruskan dengan apa yg ada..Yang pasti mereka tidak akan menyerah kalah..selagi nyawa dikandung badan..
Ya Allah Ya Tuhanku kau lindungilah insan2 yg teraniaya di bumi Palestin..semoga suatu hari nanti
akan ada sinar yg menerangi kegelapan hidup mereka….Aminnnn..